Skip to main content
Please wait...
Poster Pameran Nostalgia Sajian Raya

Tarikh: 5/9/2009 - 4/10/2009

Tempat: Muzium Negara Nostalgia Sajian Raya... setiap dari kita pasti ada kenangan tentangnya. Kembali menggamit diingatan meriah persiapan untuk menyediakan hidangan wajib di pagi Raya iaitu ketupat dan lemang selain dari kuih muih yang dahulunya dapat dinikmati semasa menyambut sesuatu perayaan dan hari kebesaran seperti Hari Raya. Kehidupan di masa dahulu yang sukar membuatkan sajian ini sangat-sangat dinantikan kehadirannya sebagai pelengkap sambutan.

Jika tidak terhidang, Hari Raya bagai hilang serinya. Kini sajian ketupat, lemang dan kuih muih yang telah dikategorikan sebagai tradisional ini tidak sahaja eksklusif dinikmati semasa Hari Raya malah kebanyakannya telah menjadi makanan warisan yang digemari oleh masyarakat Malaysia secara umum, sesuai dan bertepatan sekali dengan perumpamaan 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut