Skip to main content
Please wait...

Destar: Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih/Malaysian Destar Heritage: A Selected Collection

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
156
Harga/Price (Hardcover)
RM90
No Rujukan/ Reference No.
ISBN 978-967-0372-52-5

Buku ini merupakan sebuah naskah dokumentasi eksklusif yang mengangkat martabat destar—atau lebih dikenali sebagai tanjak, tengkolok, atau ikat kepala tradisional Melayu—sebagai salah satu lambang warisan, identiti, dan ketuanan budaya Malaysia yang tiada galang gantinya.

Malaysia Museums Journal (VOLUME 41)

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
149
Harga Jurnal/Prosiding
RM110
No Rujukan/ Reference No.
ISSN 2600-7673

Malaysia Museums Journal (MMJ) ialah jurnal berwasit terbitan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan diterbitkan setahun sekali. Jabatan Muzium Malaysia mengalu-alukan kakitangan muzium, para penyelidik, universiti serta institusi penyelidikan untuk menyumbang sebarang artikel yang berkaitan dengan bidang permuziuman, sejarah, budaya dan alam semulajadi. Pendapat yang dikemukakan serta ketepatan fakta dalam artikel adalah menjadi tanggungjawab menerima atau menolak artikel sebelum diterbitkan ke dalam Malaysia Museums Journal mengikut kesesuaian kandungan artikel.

Mata Keris & Bentuknya

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Mukasurat/Pages
304
Harga/Price (Hardcover)
RM150
No Rujukan/ Reference No.
9789679935707

Buku Mata Keris & Bentuknya karya Dato' Shahrum Yub merupakan sebuah kajian mendalam mengenai bentuk, struktur dan evolusi mata keris sebagai salah satu warisan budaya terpenting di Alam Melayu. Buku ini menghuraikan secara terperinci pelbagai jenis mata keris yang telah berkembang sejak kemunculannya di Pulau Jawa sekitar abad ke-8, termasuk mata keris lurus dan berluk serta ciri-ciri fizikal yang membezakan setiap bentuk.

60 Tahun Muzium Negara 1963-2023

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
99
Harga/Price (Hardcover)
RM150
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-45-7 (kt)

Buku 60 Tahun Muzium Negara 1963–2023 ini merupakan sebuah penerbitan khas yang mendokumentasikan perjalanan enam dekad penubuhan dan perkembangan Muzium Negara sejak perasmiannya pada 31 Ogos 1963. Buku ini menghimpunkan sejarah penubuhan, peranan, pencapaian serta sumbangan Muzium Negara dalam memelihara dan memartabatkan warisan sejarah, budaya dan identiti kebangsaan Malaysia.

Malaysia Museum Journals Volume 40/2023

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
99
Harga/Price (Paperback)
RM22
No Rujukan/ Reference No.
2600-7673

Malaysia Museums Journal ialah berwasit terbitan Jabatan Muzium Malaysia dan diterbitkan setahun sekali. Jabatan Muzium Malaysia mengalu-alukan kakitangan muzium, para penyelidik, universiti serta institusi penyelidik untuk menyumbang sebarang artikel yang berkaitan dengan bidang permuziuman, sejarah, budaya, dan alam semula jadi. Pendapat yang dikemukakan  serta ketepatan fakta dalam artikel adalah menjadi tanggungjawab penulis. Sidang editor bertanggungjawab menerima atau menolak artikel sebelum diterbitkan ke dalam Malaysia Museums Journal mengikut kesesuaian kandungan artikel.

Malaysia Museums Journal Volume 39/2022

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
116
Harga/Price (Paperback)
RM22
No Rujukan/ Reference No.
2600-7673

 Malaysia Museums Journal ialah berwasit terbitan Jabatan Muzium Malaysia dan diterbitkan setahun sekali. Jabatan Muzium Malaysia mengalu-alukan kakitangan muzium, para penyelidik, universiti serta institusi penyelidik untuk menyumbang sebarang artikel yang berkaitan dengan bidang permuziuman, sejarah, budaya, dan alam semula jadi. Pendapat yang dikemukakan  serta ketepatan fakta dalam artikel adalah menjadi tanggungjawab penulis.

Baju Kurung Busana Sepanjang Zaman : Koleksi Terpilih Jabatan Muzium Malaysi

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
100
Harga/Price (Paperback)
RM24
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-44-0

Buku ini menghimpunkan koleksi terpilih baju kurung milik Jabatan Muzium Malaysia bersempena dengan Pameran Baju Kurung: Busana Sepanjang Zaman yang diadakan di Muzium Tekstil Negara. Baju kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu yang diiktiraf sebagai baju kebangsaan negara dan diangkat sebagai Objek Warisan Tidak Ketara dalam Senarai Seni Halus Warisan Kebangsaan 2015. Pemakaian baju kurung sangat sinonim dan digemari oleh masyarakat tempatan kerana potongannya mencerminkan nilai kesopanan, keanggunan dan kesederhanaan.

Panduan Praktik Konservasi Kuratif

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
194
Harga/Price (Paperback)
RM44
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-43-3

Buku Panduan Praktik Konservasi Kuratif ini diterbitkan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada pembaca pelbagai aspek berkaitan metodologi pemuliharaan artifak. Buku ini memfokus kepada teori dan proses konservasi yang melibatkan aspek penilaian kondisi, diagnosis, analisis bahan, rawatan dan dokumentasi artifak. Proses tersebut dipraktikan dalam setiap gerak kerja konservasi artifak samada daripada jenis bahan logam, seramik, kayu atau tekstil.

Gamelan Nuansa Nusantara : Sound of The Malay Archipelago

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
167
Harga/Price (Paperback)
RM88
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-40-2

Buku Gamelan:Nuansa Nusantara Sound of the Malay Archipelago mengandungi sejarah am termasuklah legenda dan mitos berkenaan asal usul gamelan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia Melayu.

Buku ini akan membandingkan perbezaan dan kepentingan tiga bentuk gamelan iaitu gamelan Jawa dan Bali yang sudah tersohor, serta gamelan Melayu yang masih belum dikenali ramai. Buku ini telah memenangi Anugerah Buku Negara pada tahun 2022.

Aplikasi Preventif dalam Penjagaan Koleksi Artifak

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
151
Harga/Price (Paperback)
RM86
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-39-6

Buku Aplikasi Preventif Dalam Penjagaan Koleksi Artifak ini diterbitkan atas kesedaran betapa kurangnya bahan-bahan rujukan dan penulisan dalam aspek pemeliharaan dan pelestarian khazanah warisan negara.

Buku ini mengandungi 9 bab yang mengupas pelbagai persoalan dan permasalahan dalam aspek penjagaan koleksi artifak berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian penulis yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang konservasi artifak di Jabatan Muzium Malaysia. Lebih menarik, buku ini turut memenangi Anugerah Buku Negara tahun 2022.

Subscribe to

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut