Malaysia Museums Journal ialah berwasit terbitan Jabatan Muzium Malaysia dan diterbitkan setahun sekali. Jabatan Muzium Malaysia mengalu-alukan kakitangan muzium, para penyelidik, universiti serta institusi penyelidik untuk menyumbang sebarang artikel yang berkaitan dengan bidang permuziuman, sejarah, budaya, dan alam semula jadi. Pendapat yang dikemukakan serta ketepatan fakta dalam artikel adalah menjadi tanggungjawab penulis.
Sidang editor bertanggungjawab menerima atau menolak artikel sebelum diterbitkan ke dalam Malaysia Museums Journal mengikut kesesuaian kandungan artikel. Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dan sebarang hal ehwal berkaitan dengan artikel yang dicadangkan untuk diterbitkan hendaklah ditaip jarak dua langkau.