
Pameran Bergerak Kebudayaan The Japan Foundation: OMOCHA (Mainan Jepun Masa Kini) kini telah tiba di Malaysia! Persinggahan pertamanya adalah di… PERAK!
Dianjurkan oleh The Japan Foundation dengan kerjasama Kedutaan Besar Jepun di Malaysia dan Muzium Perak, pameran OMOCHA menampilkan bagaimana permainan Jepun bukan sekadar alat untuk bermain malah merupakan lambang kreativiti yang mendalam serta kekayaan nilai kerohanian yang berakar umbi daripada latar belakang sejarah dan budaya yang tersendiri.
The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL) menjemput golongan muda (serta mereka yang berjiwa muda!) untuk datang menyaksikan dan meneroka keunikan permainan Jepun di pameran OMOCHA (Permainan Jepun Masa Kini) yang kini sedang berlangsung di Muzium Perak, Taiping!