Skip to main content
Please wait...

Pameran 60 Tahun Muzium Negara: Satu Retrospektif

Pameran ini merupakan terjemahan perkembangan sepanjang enam dekad Muzium Negara ditubuhkan dari tahun 1963 hinggalah tahun 2023. Pameran ini akan memaparkan perkembangan Muzium Negara dari aspek pengurusan dan permuziuman iaitu pameran, penyelidikan, pendidikan dan pengembangan, pentadbiran, penerbitan dan sebagainya bagi setiap dekad dan beberapa pameran unik dan blockbuster yang pernah diadakan di Muzium Negara. Pameran-pameran tersebut ialah Pameran Tinju (1975), Pameran Durian (1986), Pameran Masyarakat dan Ular (1989), Pameran Khazanah Dari Kubur (1990), dan Pameran Terokai Hantu: Misteri dan Budaya (2002). Koleksi-koleksi menarik yang dipamerkan ialah seperti set kasut dan seluar tinju milik Muhammad Ali, sarung tinju Lionel Rose dan spesimen Ayam Pegar yang merupakan antara koleksi spesimen terawal yang dipamerkan di Balai Ilmu Kejadian Muzium Negara.

Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Muzium Negara

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut