Skip to main content
Please wait...

Pameran 100 Tahun Trofi H.M.S. Malaya

Trofi H.M.S. Malaya merupakan trofi kejohanan sukan bola sepak dan ragbi yang paling berprestij pernah dianjurkan dalam sejarah sukan negara. Trofi berprestij ini telah digunakan selama lebih kurang 46 tahun dalam dunia sukan bola sepak dan 65 tahun bagi sukan ragbi sebelum digantikan dengan Piala Malaysia dan Piala Agong. Sejarah trofi H.M.S. Malaya di negara ini bermula apabila Kapten Kapal H.M.S. Malaya iaitu H.T. Buller menghadiahkan dua buah trofi kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk dipertandingkan dalam sukan bola sepak dan ragbi di Tanah Melayu pada tahun 1921 sebagai tanda penghargaan selepas lawatan ke Tanah Melayu. Pameran 100 Tahun Trofi H.M.S. Malaya ini dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia bersama rakan strategik, Agensi Nuklear Malaysia untuk mengangkat prestij piala ini ke peringkat nasional melalui kajian yang bersifat saintifik. Keunggulan trofi ini diterjemahkan melalui pameran kepada masyarakat supaya nilai sejarah dan saintifik pada kedua-dua trofi ini dapat ditatap dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat.

Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Muzium Negara

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut