Skip to main content
Please wait...

 

Objek Warisan Kebangsaan

Objek Warisan Kebangsaan (Objek Ketara) merujuk kepada objek, koleksi atau artifak yang telah diiktiraf serta diwartakan oleh Kerajaan Malaysia sebagai warisan negara yang mempunyai nilai signifikan daripada aspek sejarah, kebudayaan, kesenian, saintifik dan ketamadunan. Pengiktirafan tersebut dilaksanakan berdasarkan sembilan (9) kriteria warisan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 67(2), Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), yang bertujuan untuk melindungi, memulihara dan memastikan kelestarian warisan negara agar terus diwarisi oleh generasi masa hadapan.

Dalam konteks Jabatan Muzium Malaysia, sebanyak  20 koleksi artifak telah diwartakan sebagai Objek Warisan Kebangsaan yang merangkumi pelbagai kategori utama. Daripada jumlah tersebut, tiga (3) koleksi berada dalam kategori arkeologi, 16 koleksi dalam kategori etnologi dan satu (1) koleksi dalam kategori spesimen. Selain itu, sebanyak 18 koleksi tersebut telah didigitalkan bagi tujuan pemeliharaan, pendokumentasian serta penyebarluasan maklumat warisan secara lebih sistematik dan berkesan. Kepelbagaian kategori ini memperlihatkan keluasan spektrum warisan yang diiktiraf, meliputi tinggalan tamadun awal, warisan budaya masyarakat serta khazanah alam semula jadi yang mempunyai nilai sejarah, ilmiah dan identiti nasional yang amat tinggi.

Tuntasnya, pewartaan Objek Warisan Kebangsaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan negara dalam usaha memelihara dan memartabatkan khazanah sejarah serta budaya bangsa, malah turut memperkukuh jati diri dan identiti nasional. Pada masa yang sama, inisiatif ini memastikan warisan berharga negara terus dipulihara secara lestari selaras dengan aspirasi dan peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
 

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut