Skip to main content
Please wait...

Mengenai Jabatan Muzium Malaysia

Visi

Peneraju profesionalisme permuziuman negara bertaraf global.

Misi

Memperkasakan institusi permuziuman secara mampan melalui pemantapan fungsi dan kualiti perkhidmatan permuziuman secara profesional, kreatif, inovatif dan sinergi.

Objektif

  1. Menjalankan kerja-kerja pengumpulan, pemuliharaan dan pengekalan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara.
  2. Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran, program-program pendidikan dan pengembangan muzium.

Halatuju

  1. Mengemaskini dan melengkapkan data-data koleksi sedia ada.
  2. Menyediakan repositori dan makmal konservasi yang serba lengkap.
  3. Menghasilkan penyelidikan berwibawa.
  4. Menyediakan modal insan terlatih didalam bidang permuziuman.
  5. Menyediakan pameran menarik.
  6. Menjadi institusi permuziuman yang unggul.

Fungsi

  1. Menyelidik, mengumpul, memelihara sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara.
  2. Mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia dan memberi khidmat kepakaran serta nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta.
  3. Mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan.
  4. Memberi khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran, ceramah, bengkel, seminar, forum dan persidangan serta lawatan berpandu ke galeri-galeri pameran.

Perkhidmatan Teras

  1. Pengurusan Koleksi
  2. Penyelidikan
  3. Penyebaran ilmu Pengetahuan melalui: Pameran (pameran tetap, pameran sementara dan pameran bergerak), Ceramah, Bengkel, Seminar, Forum dan persidangan serta Lawatan berpandu ke galeri
  4. Konservasi

Nilai-Nilai Bersama

Nilai Bersama

Sejarah
 

Bil.TarikhPeristiwa
1.1883Aktiviti muzium bermula dengan penubuhan Muzium Perak di Taiping.
2.1888Penubuhan Muzium Sarawak di Kuching oleh Sir Charles Brooke II.
3.1906Penubuhan Muzium Selangor.
4.1910Pengurusan Muzium Selangor & Muzium Perak disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
5.10 Mac 1945Kemusnahan sebahagian bangunan Muzium Selangor akibat daripada terkena bom Tentera Udara Berikat.
6.16 September 1958Pelantikan arkitek untuk mereka bentuk bangunan khas di atas tapak bekas bangunan Muzium Selangor.
7.2 Januari 1962Syarikat Yew Lee dilantik untuk mula membina bangunan Muzium Negara atas tapak bekas Muzium Selangor.
8.31 Ogos 1963Perasmian pembukaan Muzium oleh DYMM YDP Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
9.1978Jabatan Muzium dipindahkan seketika dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.
10.1987Jabatan Muzium dipindahkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kemudiannya ditukar nama kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan pada 1992 nama kementerian ini ditukar sekali lagi kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
11.11 Mac 1993Penubuhan Jabatan Muzium dan Antikuiti secara rasmi.
12.1 Mac 2006Jabatan Muzium dan Antikuiti telah ditukarkan kepada Jabatan Muzium Malaysia

Senarai Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia boleh didapati di sini

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut