Caping
Caping merupakan sejenis aksesori yang digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak lelaki dan perempuan pada masa dahulu. Kebiasaannya, kanak-kanak akan dipakaikan caping setelah mereka mencapai umur satu tahun. Bahan-bahan membuat caping terdiri daripada emas, perak, tembaga, besi, kayu, tempurung atau kulit kerang.