Skip to main content
Please wait...
Bicara@Muzium Adat: Kuda Kepang - Antara Seni dan Tahyul

 

Kuda kepang merupakan antara warisan seni budaya di Malaysia yang unik, dinamik dan penuh dengan keindahan estetika. Walau bagaimanapun, di sebalik keunikan tarian dan rentak muziknya, kesenian ini sering kali diselimuti misteri dan dikaitkan dengan unsur mistik serta tahyul. Program Bicara@Muzium Adat kali ini akan membongkar, mengupas dan membincangkan realiti sebenar di sebalik polemik ini. Adakah tarian kuda kepang sekadar satu ekspresi seni tradisi yang perlu dipelihara atau adakah ia sememangnya sarat dengan amalan yang menyimpang daripada adat dan pegangan masyarakat moden? Kupasan wacana ini akan ditinjau daripada perspektif akademik serta realiti komuniti yang memperjuangkan seni tersebut.

https://www.facebook.com/muziumadatjelebu/

Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Ruang Seminar, Aras 3, Muzium Adat & FB Live Muzium Adat

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut