Skip to main content
Please wait...

 

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meneroka strategi komunikasi pemasaran Muzium Negara yang merupakan tonggak utama dalam institusi permuziuman di Malaysia sejak tahun 1963 lagi. Strategi komunikasi pemasaran adalah amat perlu akibat daripada perubahan sosial masyarakat dan dengan terwujudnya teknologi komunikasi akibat pembentukan masyarakat yang baru. Dalam usaha untuk menarik pelawat datang melawat ke muzium, entiti ini perlu menggunakan strategi-strategi yang mencabar. Persepsi pelawat itu sentiasa betul. Hasil kajian menunjukkan bahawa institusi ini telah melaksanakan pelbagai strategi komunikasi pemasaran untuk menyebarkan maklumat tetapi pengunjung masih tidak peka sepenuhnya terhadap informasi yang disebarkan. Selanjutnya, Muzium Negara juga tidak boleh menfokuskan semata-mata kepada promosi sebagai strategi pemasaran dalam menarik pelawat untuk datang tetapi perlu memahami bahawa kejayaan strategi komunikasi pemasaran bergantung kepada persepsi pengunjung.

Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Bilik Persidangan JMM

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut