Buku ini diilhamkan daripada Program Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti yang mula diadakan pada tahun 2023. Ianya sebagai satu usaha inovatif Muzium Muzik untuk memperkenalkan kewujudan dan fungsi permuziuman. Buku ini menggabungkan 4 elemen utama iaitu muzik, seni, pendidikan dan uniti. Seni ditakrifkan secara meluas, meliputi seni bunyi, persembahan, seni halus, seni reka grafik, seni fotografi, ilustrasi, animasi dan media digital. Pendidikan pula memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu yang boleh dipelajari, dikongsi dan dimanfaatkan masyarakat.
Muzium Muzik menawarkan kerjasama secara bersasar kepada institusi-institusi yang mempunyai peranan dan perkembangan seni yang boleh dikembangkan dan membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar-pelajar untuk terlibat dalam platform ini sehingga dikembangkan kepada pengamal-pengamal industri kreatif.