Skip to main content
Please wait...

Muzium Matang

Address
Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Perak.
Person Incharge
Zairul Hida binti Hamdan
Designation
Ketua Muzium
Tel
05-847 7970
Fax
05-847 7757
Museum Type
States
Muzium Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Negeri Perak) yang terletak di Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu bata pada tingkat bawah dan kayu pada bahagian atas. Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1923-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946-1984). Kota ini dijadikan Muzium Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).
 
Subscribe to Perak

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut