Skip to main content
Please wait...

Koleksi Terpilih Gambus Serantau / Regional Gambus: A Selected Collection

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
114
Harga/Price (Paperback)
RM42
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-28-0
Jenis Penerbitan
Publication Type

Katalog Koleksi Terpilih Gambus Serantau ini adalah dokumentasi daripada Pameran dan Festival Gambus Serantau yang telah diadakan di Muzium Negara. Melalui pengkatalogan pameran ini, masyarakat akan dapat menghayati alat muzik gambus dengan lebih mendalam lagi memandangkan aspek-aspek sejarah, falsafah, bentuk, seni pembuatan dan keindahan seni gambus turut dimuatkan sesuai dijadikan rujukan ilmiah kepada semua.

Naskhah ini pastinya menjadi sumber maklumat yang sangat bermakna terutamanya bagi yang terlepas peluang untuk melawati pameran ini.

Ratu Kain:Satu Rumpun, Satu Warisan / One Root, One Heritage

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
126
Harga/Price (Paperback)
RM60
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-38-9
Jenis Penerbitan
Publication Type

Ratu Kain adalah katalog pameran yang menyatukan seni tenunan songket di bawah satu platform bertujuan mengangkat nilai dan martabat songket ke peringkat tertinggi dan global. Katalog pameran ini umumnya mengetengahkan pelbagai jenis songket; lama dan baharu yang didatangkan daripada beberapa negara ASEAN sama ada daripada institusi tertentu seperti muzium, persatuan mahupun koleksi orang perseorangan termasuk individu-individu ternama.

Koleksi Pameran Negara Kota Yang Hilang / Exhibition Collections of The Lost Kingdoms

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
116
Harga/Price (Paperback)
RM62
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-41-9
Jenis Penerbitan
Publication Type

Penerbitan katalog pameran ini adalah kesinambungan daripada Pameran Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms). Kandungan buku ini mengupas pebagai perspektif tentang perkara yang berkaitan dengan  negara kota yang hilang serta menyebarkan info yang sangat relevan dengan usaha pelbagai pihak dalam memelihara khazanah. Ia juga adalah sebuah pembuktian tentang perjalanan sejarah dan budaya kerajaan negara kota di Asia Tenggara pada zaman lampau yang sangat jarang dipamerkan kepada masyarakt umum khusunya di Malaysia.

MARITIME ARCHAEOLOGY AND SHIPWRECK CERAMICS IN MALAYSIA

Penulis/Author
Roxanna M.Brown and Sten Sjostrand
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
120
Harga/Price (Paperback)
RM70
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BT021
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan
Publication Type

Maritime archaeology in Malaysia has essentially focused on the excavation of old ships, and it is a happy circumstance that most of these vessels still carried the remains of an original cargo. More than this, this catalogue attempt to make on general observations. Those are possible only as a result of bringing together the entire corpus of maritime archaeology in Malaysia thus far. Book contents are available in English only.

135 Tahun Muzium Perak / 135 Years Perak Museum (1883-2018)

Penulis/Author
Muzium Perak / Perak Museum
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia / Department of Museums Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
115
Harga/Price (Paperback)
RM51
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
978-967-0372-31-0
Ada/Availability?
Ya
Jenis Penerbitan
Publication Type

Buku ini merupakan tentang sejarah dan perkembangan Muzium Perak sebagai muzium terawal dan signifikan di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1883 hinga sekarang. Kandungan buku ini menyentuh aspek-aspek yang mendasari Muzium Perak meliputi senibina, penyelidikan, pengumpulan koleksi, pameran, pengurusan dan perkara lain yang turut menyumbang terhadap kejayaannya sebagai muzium perintis. Antara kandungan yang menarik ialah tentang perpustakaan pertama, pusat pengumpulan koleksi pertama, pusat penyelidikan pertama, kelab seni pertama dan sebagainya.

SENI BINA MALAYSIA: Warisan dalam Kepelbagaian

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
130
Harga/Price (Paperback)
RM49
Harga/Price (Hardcover)
RM90
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-18-1
Jenis Penerbitan
Publication Type

Penerbitan buku ini adalah selaras dengan matlamat untuk menghimpunkan maklumat kepelbagaian yang terdapat dalam seni bina di Malaysia. Buku ini dihasilkan daripada penyelidikan dan pengumpulan bahan mengupas secara umum mengenai pendekatan yang merangkumi sejarah, kepercayaan, teknologi dan motif dalam warisan seni bina masyarakat Malaysia. Buku ini dihasilkan bersempena penjenamaan semula Muzium Seni Bina, Jabatan Muzium Malaysia yang merupakan muzium khusus yang ditubuhkan bagi perkembangan seni bina yang terdapat di seluruh Malaysia. Buku ini terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.

BUSANA MELAYU

Penulis/Author
Zubaidah Shawal
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
122
Harga/Price (Paperback)
RM30
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN006
Ada/Availability?
Tiada Stok
Jenis Penerbitan
Publication Type

Buku hasil nukilan Zubaidah Shawal ini mendokumentasi sebahagian pakaian tradisional masyarakat Melayu yang istimewa dan dapat mencerminkan perwatakan, nilai hidup dan kesantunan budi mereka. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

DESTAR WARISAN MALAYSIA: KOLEKSI TERPILIH

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
156
Harga/Price (Paperback)
RM70
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN009
Ada/Availability?
Tiada Stok
Jenis Penerbitan
Publication Type

Destar atau disebut juga sebagai setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala. Melalui terbitan terbaru ini dibentangkan pengetahuan mengenai destar dari segi sejarah, reka bentuk, jenis, cara lipatan dan penjagaannya bagi memartabatkan seni pakaian Melayu. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA KITA DIRIKAN NEGARA BARU

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
111
Harga/Price (Hardcover)
RM50
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT010
Jenis Penerbitan
Publication Type

Buku ini menampilkan rentetan sejarah mencapai detik kemerdekaan melalui sebahagian keratan akhbar, foto dan artikel-artikel yang memaparkan semangat nasionalisme pemimpin-pemimpin parti perjuangan ketika itu serta kegembiraan anak bangsa berjaya membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penerangan kandungan buku hanya dalam versi Melayu sahaja.

GUA-GUA BATU KAPUR DI SEMENANJUNG MALAYSIA DALAM PERSPEKTIF ARKEOLOGI

Penulis/Author
Zulkifli Jaafar
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
232
Harga/Price (Hardcover)
RM150
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT013
Jenis Penerbitan
Publication Type

Tumpuan utama buku ini mengenai pembentukkan bukit-bukit dan gua batu kapur yang terdapat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang serta pengetahuan tentang kumpulan manusia awal yang mendiami di dalam gua-gua itu sendiri. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.

Subscribe to prints

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut