Muzium Negara
| [bg|watermarked/muziumnegara-w] |
Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama (Tanah Melayu ketika itu). Kerja pembangunannya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31hb Ogos 1963. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh ke Bawah DYMM Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Yang di Pertuan Agong Ketiga.
Senibina Muzium ini telah menggabungkan rekabentuk Istana Melayu tradisional dan dihiasi dengan motif Melayu. Dinding hadapannya turut dihiasi dengan dua buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali yang memaparkan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu.
Pengurusan Muzium Negara kini dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di bawah portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
