Malaysia Museums Journal Volume 36
Jurnal Terbitan Jabatan Muzium Malaysia bagi tahun 2019 yang diterbitkan setahun sekali dan menghimpunkan artikel yang berkaitan bidang permuziuman, sejarah, budaya dan alam semulajadi
Jurnal Terbitan Jabatan Muzium Malaysia bagi tahun 2019 yang diterbitkan setahun sekali dan menghimpunkan artikel yang berkaitan bidang permuziuman, sejarah, budaya dan alam semulajadi
Buku terjemahan Koleksi Culture Heritage Protection Hand Book UNESCO ICOM” Handling of Collections in Storage ke Bahasa Melayu bertajuk Pengendalian Koleksi di dalam Bilik Simpanan. Tatacara dan prosedur bagi koleksi di Muzium.
Buku Katalog yang memberi fokus kepada koleksi terpilih KDYMM SPB Yang di- Pertuan Agong, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong di samping memaparkan pakaian istiadat dan alat kebesaran Diraja dan koleksi alat kebesaran Diraja Pahang.
Pinggan kecil dihiasi dengan ukiran motif flora berwarna emas di seluruh permukaan. Diperolehi dari Lady Vera Seton Swettenham.
Koleksi ini digunakan sebagai alat mendukung bayi yang kebiasaannya digunakan oleh masyakar Orang Ulu di Sarawak. Koleksi diperbuat dari rotan dan dihiasi dengan sulaman manik yang berwarna-warni, siput kecil dan taring haiwan seperti taring beruang dan babi hutan.
Topi besi ‘Kolah’ yang digunakan pada abad ke-18 di Parsi berbentuk separuh spera. Topi besi ‘ Kolah’ ini dilengkapi dengan sepasang tanduk, telinga dan soket yang di olah begitu halus seolah olah di atas mahkota.
Celepa ini diperbuat daripada Perak dan digunakan untuk mengisi rokok dan tembakau. Bermotifkan sulur kacang , ukiran tebuk timbul dan geometrik serta mengunakan teknik pahat.
Mangkuk tempurung kelapa, dengan reka bentuk bunga halus. Asas mangkuk adalah tempurung kelapa dengan corak berbentuk kerang diukir di bawah satu lingkaran terpisah dan dilekatkan ke bawah mangkuk dengan menggunakan empat "paku kayu". Penutup tempurung kelapa dengan motif bunga halus. Disediakan dengan pemegang, corak daun, di bahagian tengah penutup.
Satu set perasapan yang mempunyai 3 buah perkakas yang dihiasi dengan tulisan Arab serta corak floral yang diperbuat di China untuk Muslim pada zaman Dinasti Ching akhir abad ke 19.
Kain Lepas dari benang sutera merah.Badan kain berjalur berdiri dengan benang emas corak tenggarung dengan motif bunga renik dan kedua-dua punca bermotif bunga kenanga, lawi ayam, gigi yu dan sirip ikan.Kain istiadat kerabat Diraja dari Terengganu pada sekitar tahun 1900.