Skip to main content
Please wait...

Replika Pokok Getah Emas

Replika Pokok Getah Emas

Industri getah asli di Tanah Melayu bermula pada tahun 1877. Perusahaan getah menjadi salah satu bahan mentah yang menjana sumber ekonomi penting di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pada  tahun 1903, Persatuan Peladang Getah seluruh Tanah Melayu telah  menghasilkan cenderamata replika pokok getah yang diperbuat  daripada emas tulen sebagai tanda kenangan dan lambang kemewahan di atas hasil getah negara yang dinaungi oleh raja-raja Melayu ketika itu.

Caping

Caping

Caping merupakan sejenis aksesori yang digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kebiasaannya, kanak-kanak akan dipakaikan caping setelah mereka mencapai umur satu tahun. Penggunaan caping begitu meluas di utara dan Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu. Bahan-bahan membuat caping terdiri daripada emas, perak, tembaga, kayu, tempurung dan kulit kerang.

Celepa

Celepa

Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah  sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah juga. Sekitar abad ke 18.

Baju Berayat

Baju Berayat

Ia mempunyai motif kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat yang memuji kebesaran Allah. Baju ini pernah dimiliki oleh Raja Nik Pek Raja Jamu, kerabat diraja Kesultanan Melayu Patani pada tahun 1805 Masihi.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut