Direktori Muzium- muzium Jabatan Muzium Malaysia merupakan sumber maklumat tentang 21 buah muzium Persekutuan yang dirangkum dan didokumentasikan dalam sebuah buku.Penerbitan buku ini juga adalah antara usaha dan strategi Jabatan Muzium Malaysia untuk memperkenalkan dan mempromosikan muzium- muzium di bawah seliaan. Direktori ini dapat menjadi rujukan dan panduan ringkas tentang muzium- muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Direktori ini juga mengadaptasi pepatah tak kenal maka tak cinta dalam konteks mempromosikan khazanah budaya dan warisan sejarah.
Buku Keranda : Tradisi dan Misteri Ini merupakan sebuah penerbitan yang memuatkan koleksi keranda yang dipamerkan semasa pameran Keranda : Tradisi dan Misteri yang diadakan di Muzium Negara sepanjang bulan April hingga Ogos 2010. Buku ini juga mengupas pengertian keranda dan kegunaannya dalam sesebuah masyarakat termasuk Melayu, Cina, India, beberapa etnik peribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli serta masyarakat lain di Nusantara. Melalui buku ini pembaca dapat melihat pelbagai jenis keranda dan motif yang lazim digunakan pada keranda serta menyelami falsafah penggunaan keranda itu sendiri.