Skip to main content
Please wait...

BATIK SARUNG : Warisan Kini dan selamanya

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
73
Harga/Price (Paperback)
RM17
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-19-8
Jenis Penerbitan

Buku Batik sarung ini diterbitkan sempena Pameran Batik Sarung yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Batik Sarung diangkat sebagai anugerah ketrampilan kewanitaan. Pengertian sebagai skirt  dalam kamus bahasa dan warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada konsep dalam fesyen. Batik sarung menjadi perantara manusia dengan adat dan budaya dalam variasi  kehidupan masyarakat. Batik sarung adalah hasil kraf tangan pembatik yang mempunyai kepelbagaian corak seperti flora dan fauna yang mencerminkan keperibadian serta imej kewanitaan yang lemah lembut.

Apresiasi Topeng Sedunia

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
183
Harga/Price (Paperback)
RM53
Harga/Price (Hardcover)
RM65
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-11-2
Jenis Penerbitan

Buku apresiasi topeng sedunia ini memaparkan perihal topeng. Topeng diketahui sebagai satu instrumen budaya masyarakat dunia sejak berzaman lagi. Kepelbagaian ragam hias dan bentuk mewakili keunikan karakter dan mesej yang tersirat. Kebanyakan topeng yang dihasilkan bukan bergantung kepada nilai artistik dan estatik semata- mata tetapi atas dasar fungsi tertentu sesebuah topeng. Buku ini mengetengahkan pengalaman berharga kepada peminat budaya dalam mengenali topeng– topeng dari merata dunia selain menambahkan pengetahuan tentang topeng dalam masyarakat Malaysia.

SENI BINA MALAYSIA: Warisan dalam Kepelbagaian

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
130
Harga/Price (Paperback)
RM49
Harga/Price (Hardcover)
RM90
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-18-1
Jenis Penerbitan
Publication Type

Penerbitan buku ini adalah selaras dengan matlamat untuk menghimpunkan maklumat kepelbagaian yang terdapat dalam seni bina di Malaysia. Buku ini dihasilkan daripada penyelidikan dan pengumpulan bahan mengupas secara umum mengenai pendekatan yang merangkumi sejarah, kepercayaan, teknologi dan motif dalam warisan seni bina masyarakat Malaysia. Buku ini dihasilkan bersempena penjenamaan semula Muzium Seni Bina, Jabatan Muzium Malaysia yang merupakan muzium khusus yang ditubuhkan bagi perkembangan seni bina yang terdapat di seluruh Malaysia. Buku ini terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Koleksi Muzium Negara:Penerokaan Sejarah dan Budaya

Penerbit/Publisher
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
266
Harga/Price (Paperback)
RM61
Harga/Price (Hardcover)
RM82
Ada/Availability?
Ya
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-12-9
Jenis Penerbitan

Buku ini mengandungi koleksi- koleksi terpilih yang terdapat di gedung khazanah Negara ini. Kesemua koleksi yang dipaparkan berkaitan artifak di Muzium Negara. Kesemua koleksi yang dipaparkan dalam buku ini mempunyai nilai sejarah yanh tinggi dan telah dikumpul serta dipulihara mengikut piawaian muzium. Penerbitan buku ini merupakan penerokaan terhadap koleksi yang merupakan satu cerminan dan jalan cerita tentang sejarah dan budaya Negara. Buku ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut