Pameran Karya Agung: Seni Kraf Warisan Negara

Kraftangan Malaysia menganjurkan Pameran Karya Agung- Seni Kraf Warisan Negara dengan memaparkan keunggulan dan kehalusan seni kraf yang menjadi refleksi budaya serta kebanggaan warisan di Malaysia. Setiap karya merupakan khazanah budaya dan wadah kelestarian seni kraf negara.







