Cepu perak yang berbentuk buah manggis dan dihiasi daun bakawali ini digunakan untuk menyimpan barang kemas.
Keris semenanjung merupakan senjata pendek yang banyak digunakan di Semenanjung Malaysia. Pembuatan keris semenanjung dikenali sebagai tempa Melaka, iaitu teknik pembuatan keris yang digunakan semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka.