Direktori Muzium- muzium Jabatan Muzium Malaysia merupakan sumber maklumat tentang 21 buah muzium Persekutuan yang dirangkum dan didokumentasikan dalam sebuah buku.Penerbitan buku ini juga adalah antara usaha dan strategi Jabatan Muzium Malaysia untuk memperkenalkan dan mempromosikan muzium- muzium di bawah seliaan. Direktori ini dapat menjadi rujukan dan panduan ringkas tentang muzium- muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Direktori ini juga mengadaptasi pepatah tak kenal maka tak cinta dalam konteks mempromosikan khazanah budaya dan warisan sejarah.
Buku Keranda : Tradisi dan Misteri Ini merupakan sebuah penerbitan yang memuatkan koleksi keranda yang dipamerkan semasa pameran Keranda : Tradisi dan Misteri yang diadakan di Muzium Negara sepanjang bulan April hingga Ogos 2010. Buku ini juga mengupas pengertian keranda dan kegunaannya dalam sesebuah masyarakat termasuk Melayu, Cina, India, beberapa etnik peribumi Sabah dan Sarawak, Orang Asli serta masyarakat lain di Nusantara. Melalui buku ini pembaca dapat melihat pelbagai jenis keranda dan motif yang lazim digunakan pada keranda serta menyelami falsafah penggunaan keranda itu sendiri.
Penerbitan buku ini adalah mengandungi kompilasi kertas kerja yang terpilih iaitu sesi pembentangan Forum Kurator dari tahun 2003-2007. Ia bertujuan mengetengahkan aspek pennyelidikan berkenaan bidang permuziuman yang merangkumi bidang sejarah dan kebudayaan negara. Wacana Kurator ini juga bertujuan memperkenalkan hasil kajian daripada kurator yang terlibat dengan aktiviti permuziuman samada secara langsung serta tidak langsung.
Buku ini merupakan kompilasi beberapa kajian kes yang telah dijalankan terhadap khazanah warisan Negara yang telah mengaplikasikan pelbagai teknik konservasi. Pendokumentasi kajian kes ini dapat menjelaskan mengenai penggunaan teknik konservasi yang bersesuaian terhadap penjagaan artifak mengikut tahap kerosakan. Pelbagai bahan dan teknik digunakan bagi membantu menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat sesebuah artifak.
Buku ini adalah sebuah buku mengenai konservasi artifak meriam sejarah. Penerbitan buku ini merupakan usaha murni Jabatan Muzium Malaysia dengan Agensi Nukleur Malaysia bagi menyebarkan pengetahuan berkaitan asas konservasi artifak. Penulisan buku Konservasi Artifak Meriam Sejarah –Kaedah Saintifik adalah bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa yang memerlukan garis panduan dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi artifak. Konservasi artifak meriam bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Buku ini adalah Katalog Pameran yang diadakan di Muzium Negara iaitu Pameran Magis Belantara Herba Orang Asli yang diadakan di Muzium Negara pada 15 November hingga 31 Disember 2009. Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang merupakan antara minoriti di Negara ini terdiri daripada lapan belas suku kaum yang berdasarkan tiga kumpulan utama iaitu Senoi, Nagrito dan Proto Melayu. Secara khususnya mereka mendiami kawasan-kawasan pedalaman, pinggir-pinggir hutan dan sebahagiannya di pinggir perkampungan melayu.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut