Skip to main content
Please wait...

Perasmian Pameran Sudut ASEAN "A Reflection of ASEAN: Ten Nations One Community"

ASEAN

Tarikh: Khamis 28 Ogos 2008
Tempat: Pentas Terbuka, Jabatan Muzium Malaysia

Aturcara:

0930 pagi - Ketibaan Dif-dif Jemputan

0950 pagi - Ketibaan Yang Berbahagia Dr. Muzahet bin Masuri, Ketua Setiausaha
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

1000 pagi - Bacaan Doa

1010 pagi - Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berusaha En. Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia

Pameran Sudut ASEAN: Projek Khas ASEAN-COCI memperingati ulangtahun ke 41 ASEAN

Pameran ini yang bersempena dengan ulangtahun ASEAN yang ke-41 adalah untuk memberi kesedaran di kalangan orang ramai tentang kewujudan ASEAN. Pameran ini yang bertemakan 'A Reflection of ASEAN : Ten Nations One Community' akan memaparkan ke semua negara anggota ASEAN, memaparkan artifak-artifak yang berkaitan dengan budaya dan masyarakat setiap negara anggota.

Lokasi: Galeri 3, Muzium Negara.

Program Bermalam di Muzium Negara (Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-51)

SleepOver Picture

Latar belakang Program

Sempena meraikan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-51, Muzium Negara akan menganjurkan program Bermalam di Muzium Negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan institusi Muzium khususnya Muzium Negara sebagai sebuah pusat rujukan dan pendidikan yang menarik untuk dilawati. Justeru, program seumpama ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan mendekati muzium seterusnya memantapkan kefahaman bahawa Muzium bukanlah sebuah bangunan usang yang menyimpan barang-barang lama tetapi sebaliknya sebuah institusi pendidikan yang melaksanakan tanggungjawab memulihara, memelihara dan mempamerkan berbagai koleksi artifak sejarah dan kebudayaan yang amat bernilai dan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara bangsa.

Orang Asli : Khazanah Tersembunyi

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
179
Harga/Price (Paperback)
RM85
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN050
Harga/Price (Hardcover)
RM100
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT050
Ada/Availability?
YES
Jenis Penerbitan
Publication Type

Muzium Negara yang terkenal sebagai Gedung Warisan Negara telah mengadakan satu pameran khusus mengenai hasil kraf dan bahan kebudayaan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Lebih 400 koleksi patung Orang Asli dan hasil kraf dipamer dan diabadikan di dalam katalog ini. Walaupun banyak buku telah dihasilkan mengenai Orang Asli dan hasil kesenian mereka, namun buku ini pastinya amat bermakna dalam mendokumentasikan hasil kraf masyarakat Orang Asli yang dewasa ini kian pupus dan sewajarnya menjadi bahan rujukan yang berguna kepada generasi akan datang.

Prosiding Seminar Manuskrip Melayu Campa Warisan Tamadun Melayu

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
50
Ada/Availability?
YES
Harga Jurnal/Prosiding
RM32
No Rujukan/ Reference No.
PJ018
Jenis Penerbitan
Publication Type

Sinopsis jurnal / prosiding ini akan dikemaskini pada masa akan datang. Sila hubungi unit perpustakaan untuk keterangan lanjut.

Buletin JMA 2001 (Jilid III)

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Mukasurat/Pages
121
Harga Jurnal/Prosiding
RM45
No Rujukan/ Reference No.
PJ003
Jenis Penerbitan

Antara isi kandungan buletin kali ini adalah Budaya Kerja Muzium: Perubahan Dan Cabaran; Penubuhan Muzium: Idealisme Dan Realiti; Warisan Sebagai Produk Pelancongan; Pembangunan Muzium PDRM (Satu Pengalaman); Planning A New Display: Gallery ‘B’ Muzium Negara; Konservasi Kota Cornwallis, Pulau Pinang; Restoration Of The Historic Fort Cornwallis, Penang; Muzium Sebagai Pusat Sumber Pembelajaran serta Falsafah, Kepercayaan Dan Kreativiti Dalam Pembuatan Keris: Satu Kajian Kes Dalam Dokumentari ‘Keris Dalam Dunia Melayu’.

Buletin JMA 2000 (Jilid II)

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
90
Harga Jurnal/Prosiding
RM25
No Rujukan/ Reference No.
PJ002
Jenis Penerbitan

Terbitan ini mengandungi tajuk-tajuk daripada Forum Kurator yang diadakan setiap bulan. Antaranya adalah Menjadi Warga Berilmu; Cabaran Dunia Permuziuman; Interpretasi Dan Pelaksanaan Akta Bendapurba 1976 Dan Kaedah-Kaedah Yang Dibuat Di Bawahnya; Konservasi Bangunan Chimney, Labuan; Forum Kurator Perdana; Konservasi Monuman Di Jepun serta Muzium Sejarah Nasional.

Buletin JMA 1999 (Jilid I)

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
94
Harga Jurnal/Prosiding
RM50
No Rujukan/ Reference No.
PJ001
Jenis Penerbitan

Buku ini merupakan satu hasil daripada Forum Kurator setiap bulan yang dianjurkan setiap bulan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA).

KATALOG PAMERAN TEROKAI HANTU: MISTERI DAN BUDAYA

Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published
Mukasurat/Pages
161
Harga/Price (Paperback)
RM70
No. Rujukan/Reference No. (Paperback)
BN047
Harga/Price (Hardcover)
RM90
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover)
BT047
Ada/Availability?
YES
Jenis Penerbitan
Publication Type

Katalog terbitan hasil pameran terokai hantu pada tahun 2003 ini adalah bertujuan untuk menampilkan kajian sejarah dan kotemporari mengenal budaya rakyat dan amalan kebudayaan yang berkaitan dengan hantu. Pendekatan katalog ini adalah mengikut perspektif antropologi dan menampilkan pelbagai koleksi hantu dari segenap pelusuk Kepulauan Melayu. Penerangan katalog dalam dwibahasa.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut