Skip to main content
Please wait...

Pameran Ukiran Kayu Orang Asli

KLFestival Logo

Tarikh : 01 Jul 2008 - 31 Jul 2008
Tempat : Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur

Masyarakat Orang Asli sememangnya kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian. Kehidupan mereka penuh dengan mistik dan kepercayaan kepada alam sekeliling. Walaupun ada di antara kelompok mereka telah menerima arus pemodenan, namun seni dan budaya warisan nenek moyang tidak dilupakan. Di antara seni yang masih dipelihara dan diamalkan ialah seni ukiran patung dan topeng sebagai satu aktiviti untuk mengisi masa lapang dan turut digunakan semasa upacara ritual.

Pameran Kukur Kelapa

KLFestival Logo

Tarikh : 01 Jul 2008 - 31 Jul 2008
Tempat : Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia

Pameran ini akan mengenengahkan kukur kelapa dalam konteks kepelbagaian bentuk dan seni rupa khususnya kepada aspek seni ukir yang terhasil bukan sahaja melahirkan aspirasi keindahan tetapi menjadi testimoni perkembangan pemikiran dan kemajuan tahap tamadun bangsa yang menghasilkannya.

Simboliknya kukur kelapa juga menjadi alat yang menambah nilai kasih sayang di antara ibu dan anak apabila kanak-kanak zaman dahulu sentiasa menanti peluang untuk duduk di belakang ibu semasa si ibu sedang mengukur kelapa. Indahnya lagi apabila muncul teka teki berbunyi “Naik kuda, tabur bunga”.

Penggunaannya yang semakin pupus berikutan kemunculan alat-alat memasak yang lebih moden menyebabkan ramai generasi muda kini tidak lagi mengenali apatah lagi tahu cara menggunakannya. Justeru menerusi pameran ini ia diharap dapat mengimbau nostalgia di samping memberi peluang kepada generasi muda menghayati warisan bangsa yang harus di pelihara ini.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut