Skip to main content
Please wait...

Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Banner Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia

Lokasi pameran : Muzium Negara, Kuala Lumpur
Tarikh pameran : 1 Ogos hingga 9 Ogos 2009

Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan, tulang dan tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentakkan kaki, bersiul, mengetuk kayu dan sebagainya, alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan. Justeru lahirlah alat-alat muzik sinkretik yang terhasil dari kepandaian menggabung-jalin unsur-unsur luar, misalnya daripada Timur Tengah, India, China dan Eropah di negara ini dengan muzik ‘rakyat’ dan muzik ‘istana’ yang mendominasi aliran muzik pada zaman itu.

Alat Muzik Tradisional - Kesatuan Dalam Kepelbagaian

Berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadankan budaya masing-masing, namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Alat-alat muzik membranofon, kordofon, idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang hampir serupa, justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa Malaysia berteraskan 1 Malaysia.

Aktiviti Sampingan

Jadual Aturcara Persembahan Pameran Alat-Alat Muzik Tradisional

 

Sabtu 1 Ogos 2009, Dataran Muzium Negara

 

MASA   ATURCARA
10.30 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional dari Kaum India iaitu alat muzik Mridangam dan Natheswaram
11.00 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional dari Kaum Melayu iaitu Cak Lempong dari Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Kajang

 

Sabtu 8 Ogos 2009, Dataran Muzium Negara

 

MASA   ATURCARA
11.00 Pagi : Ketibaan Para Jemputan dimulakan dengan Paluan Kompang dari Sekolah Kebangsaan Segambut dengan alunan Selawat Nabi dan Isra’ Mikraj serta Persembahan Tarian Bunga Tanjung

 

11.30 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional dari Kaum India.
11.50 Pagi : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional oleh Kaum Melayu iaitu Ghazal diiringi nyanyian lagu-lagu Melayu Asli.
12.35 Tengahari : Persembahan Alat-alat Muzik Tradisional oleh Kaum Cina.
1.00 Petang : Gabungan Persembahan Dari Semua Peserta

 

Attachment Size
muzik2.jpg (103.18 KB) 103.18 KB
The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
The comment language code.

Filtered HTML

  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • You may use [block:block_entity_id] tags to display the contents of block.
  • You may use [view:name=display=args] tags to display views.

Contact Us

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Department of Museums Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

About

Open every day from 9.00 am to 5.00 pm

Closed on the First and Second Hari Raya Aidil Fitri and Hari Raya Aidil Adha More Info