Buku ini merupakan kompilasi beberapa kajian kes yang telah dijalankan terhadap khazanah warisan Negara yang telah mengaplikasikan pelbagai teknik konservasi. Pendokumentasi kajian kes ini dapat menjelaskan mengenai penggunaan teknik konservasi yang bersesuaian terhadap penjagaan artifak mengikut tahap kerosakan. Pelbagai bahan dan teknik digunakan bagi membantu menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat sesebuah artifak.
Buku apresiasi topeng sedunia ini memaparkan perihal topeng. Topeng diketahui sebagai satu instrumen budaya masyarakat dunia sejak berzaman lagi. Kepelbagaian ragam hias dan bentuk mewakili keunikan karakter dan mesej yang tersirat. Kebanyakan topeng yang dihasilkan bukan bergantung kepada nilai artistik dan estatik semata- mata tetapi atas dasar fungsi tertentu sesebuah topeng. Buku ini mengetengahkan pengalaman berharga kepada peminat budaya dalam mengenali topeng– topeng dari merata dunia selain menambahkan pengetahuan tentang topeng dalam masyarakat Malaysia.
Buku Batik sarung ini diterbitkan sempena Pameran Batik Sarung yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Batik Sarung diangkat sebagai anugerah ketrampilan kewanitaan. Pengertian sebagai skirt dalam kamus bahasa dan warisan budaya yang menjadi sebahagian daripada konsep dalam fesyen. Batik sarung menjadi perantara manusia dengan adat dan budaya dalam variasi kehidupan masyarakat. Batik sarung adalah hasil kraf tangan pembatik yang mempunyai kepelbagaian corak seperti flora dan fauna yang mencerminkan keperibadian serta imej kewanitaan yang lemah lembut.
South East Asia produces some of the most exquisite textiles in the world, among with a ikat. Sacred Ikat From Heirloom to Trade documents the stories behind the development of ikat weaving and the lifestyle of the people of Sumba and Sarawak. It proudly examines the balance between aesthetics, and practicality, wich resulted in a weaving of pride and prestige
Management Of Snake Envenomation In Malaysia adalah pelbagai usaha untuk mendidik dan berkongsi maklumat dengan orang awam tentang ular berbisa dan pencegahan bisa ular (Envenomation) melalui soalan dan jawapan yang mudah tetapi penting dan berguna.
Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk membantu para Kurator dan pekerja muzium untuk menguruskan sesebuah pameran.
Penerbitan buku ini adalah mengenai Galeri Tamadun Sejarah yang terdapat di Muzium Negara. Proses pengembangan tamadun manusia mempunyai kaitan rapat dengan pembentukan dan perubahan alam semulajadi serta persekitarannya. Bukti peninggalan yang dikemukakan hasil penyelidikkan arkeologi dan kajian saintifik jelas memberikan suatu perspektif baru dalam pembinaan semula pengembangan tersebut.
Malacca Coins are included in a collections of : The National Museum, Kuala Lumpur, The National Museum, Singapore and The British Museum, London
Buku ini ditujukan khas kepada bakal pengumpul yang ingin mendapatkan panduan yang jelas untuk menjaga keadaan duit mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna. Aspek-aspek mengawal pengumpulan dan cara-cara yang baik diterapkan dalam naskah ini. Penerangan kandungan buku hanya dalam versi Melayu sahaja.