Malaysia Museums Journal adalah jurnal terbitan Jabatan Muzium Malaysia. Penerbitan berkala ini juga mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh muzium untuk menjalankan penyelidikan disamping menjadi sebuah institusi pendidikan tidak formal. Jurnal ini memaparkan hasil kajian dan pembentangan yang telah dilaksanakan oleh professional atau pengamal muzium dari pelbagai latar belakang serta mereka yang mempunyai kepakaran kursus dalam bidang permuziuman.
Katalog Koleksi Terpilih Gambus Serantau ini adalah dokumentasi daripada Pameran dan Festival Gambus Serantau yang telah diadakan di Muzium Negara. Melalui pengkatalogan pameran ini, masyarakat akan dapat menghayati alat muzik gambus dengan lebih mendalam lagi memandangkan aspek-aspek sejarah, falsafah, bentuk, seni pembuatan dan keindahan seni gambus turut dimuatkan sesuai dijadikan rujukan ilmiah kepada semua.
Naskhah ini pastinya menjadi sumber maklumat yang sangat bermakna terutamanya bagi yang terlepas peluang untuk melawati pameran ini.
Ratu Kain adalah katalog pameran yang menyatukan seni tenunan songket di bawah satu platform bertujuan mengangkat nilai dan martabat songket ke peringkat tertinggi dan global. Katalog pameran ini umumnya mengetengahkan pelbagai jenis songket; lama dan baharu yang didatangkan daripada beberapa negara ASEAN sama ada daripada institusi tertentu seperti muzium, persatuan mahupun koleksi orang perseorangan termasuk individu-individu ternama.
Penerbitan katalog pameran ini adalah kesinambungan daripada Pameran Kota Yang Hilang (The Lost Kingdoms). Kandungan buku ini mengupas pebagai perspektif tentang perkara yang berkaitan dengan negara kota yang hilang serta menyebarkan info yang sangat relevan dengan usaha pelbagai pihak dalam memelihara khazanah. Ia juga adalah sebuah pembuktian tentang perjalanan sejarah dan budaya kerajaan negara kota di Asia Tenggara pada zaman lampau yang sangat jarang dipamerkan kepada masyarakt umum khusunya di Malaysia.
Open every day from 9.00 am to 5.00 pm
Closed on the First and Second Hari Raya Aidil Fitri and Hari Raya Aidil Adha More Info