Pengenalan
Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam usaha menyediakan maklumat dengan membekalkan bahan-bahan rujukan serta bacaan. Perkhidmatan ini disediakan khas untuk kakitangan dan juga orang awam khususnya pelajar serta penyelidik. Perpustakaan juga memiliki pelbagai jenis majalah dan akhbar yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan.
* Carian buku-buku yang terdapat di perpustakaan melalui Perpustakaan Virtua
Koleksi Perpustakaan
Sehingga kini, terdapat 40,000 koleksi yang merangkumi bahan-bahan seperti berikut:
- Monograf
- Seminar/ kertas kerja/ persidangan/ simposium/tesis
- Akta
- Terbitan Kerajaan/ laporan tahunan
- Keratan akhbar
- Terbitan Bersiri
Perkhidmatan
Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
- Peminjaman dan pemulangan buku ( kakitangan sahaja)
- Perkhidmatan fotokopi
- Tayangan bahan media seperti video dan vcd
- Penjualan bahan – bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia ( buku, jurnal, vcd dan dvd )
- Perkhidmatan Internet
Waktu Operasi
Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi - 4.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi - 12.15 tengahari; 12.15 tengahari - 2.45 petang (ditutup); 2.45 petang - 4.30 petang
Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 173.35 KB |
![]() | 174.94 KB |
![]() | 8 KB |
![]() | 194.72 KB |
![]() | 220.05 KB |
![]() | 87.87 KB |
![]() | 963.82 KB |
Versi mesra pencetak
- 53503 bacaan