• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Pameran Keindahan Koleksi Islam, Muzium Negara

Anda di sini

Anda di sini

Banner Pameran Keindahan Koleksi Islam, Muzium Negara
Tarikh pameran: 18 Disember 2009 - 14 Februari 2010
Tempat: Muzium Negara
 
Dunia Islam menyumbangkan pelbagai aspek dalam ketamadunan manusia seperti perubatan, senibina, kesusasteraan, astronomi dan sebagainya termasuk kesenian. Hasil pengembangan agama Islam ke seluruh dunia, maka asimilasi antara kebudayaan tempatan yang diadun dengan perintah dan ketaatan kepada penciptaNya telah mewarnai salah satu bidang penciptaan budaya material termasuk artifak-artifak.
 
Sempena program sambutan Bandar Kebudayaan Islam pada tahun ini (As A Capital of Islamic Culture) di mana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tuan rumah oleh “Islamic Educational Scientific and Cultural Organisation” - (ISESCO), maka Jabatan Muzium Malaysia mengambil peluang mengadakan pameran khas bertajuk “Keindahan Koleksi Islam” di Muzium Negara untuk memperlihatkan keunikan kesenian dan kreativiti bersandarkan nilai-nilai keislaman.
 
Sebanyak 70 koleksi unik yang dimiliki oleh negara ini dan kini disimpan di seluruh negara dipamerkan, merangkumi artifak antik dan kontemporari. Keseluruhan pameran ini memperlihatkan keunikan kesenian artifak dalam bidang senibina, muzik, seramik, alat domestik, keagamaan, ukiran, persenjataan dan sejarah.
 
Pengumpulan koleksi bernilai ini merupakan artifak yang secara terpilih mewakili masyarakat negara ini dan hubungannya dengan masyarakat Islam lainnya di seluruh dunia. Keunikan kesenian ciptaan manusia yang bersendikan keimanan ini menggambarkan sikap positif yang dituntut oleh agama Islam seperti keharmonian, keberanian, kelembutan, adab dan sopan, kebenaran dan peraturan, qada’ dan qadar, kegembiraan, moral dan sebagainya.
Highlights: 

Kemas kini terakhir: 27 March 2024 - 10:06am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources