Merujuk kepada amalan terbaik pemimipin yang melebihi daripada kebiasaan dari pengurusan minda, emosi dan tata kelakuan. Amalan ini seterusnya dapat mempengaruhi dan merangsang kumpulan untuk berusaha secara ikhlas bagi mencapai visi, misi dan matlamat bersama.
Amalan Kepimpinan Terbaik
Pemimpin yang hebat mengamalkan sifat-sifat berikut :
Berminda Positif
Percaya dan yakin terhadap sesuatu program baru yang dirancang akan membawa kebaikan.Contoh:yakin bahawa kerja boleh diperbaiki dengan usaha penambahbaikan secara berterusan.
Berminda Mencipta
Minda yang tidak terkongkong dengan kebiasaan amalan dan proses kerja sedia ada, sebaliknya melakukan pembaharuan, penambahbaikan dan berpandangan jauh. Contoh: sentiasa mencipta kelainan dan penambahbaikan dalam meneraju organisasi.
Mengutamakan Kualiti
Mementingkan kualiti dalam segala bentuk perkhidmatan, walaupun perkara yang remeh. Contoh: mengambil berat amalan kualiti diri dan kerja.
Merealisasikan Idea-idea Baru
Mengolah semula idea-idea baru menjadi lebih mudah difahami dan direalisasikan dalam organisasi untuk dilaksanakan. Contoh: mewujudkan satu kerangka kerja bagi melaksanakannya.
Menjana Kehebatan
Meneroka setiap peluang untuk dijana menjadi suatu nilai baru yang terbaik dan unggul. Contoh: membuat perubahan untuk mencipta sesuatu yang terbaik.
Memupuk Budaya Kompetensi Cemerlang
Menggalakkan warga organisasi ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Contoh: menyediakan peluang dan kemudahan kepada warga organisasi menyertai latihan.
Menghayati Perasaan
Kebolehan memahami perasaan dan kehendak orang lain supaya pekerja dapat melaksanakan tugas dengan ikhlas dan berkesan. Contoh: mementingkan kebajikan dan memahami perasaan orang lain.
Bijak Mengurus Emosi
Dapat memahami emosi diri dan orang lain untuk kebaikan organisasi.Contoh: mampu Mengawal emosi walaupun berada dalam persekitaran kerja tertekan.
Sentiasa Dalam Keceriaan
Berupaya mewujudkan keceriaan diri dan persekitaran. Contoh: mampu mewujudkan keceriaan walaupun dalam suasana kerja terdesak.
Bertindak Sebagai Pembimbing
Memberi panduan dan bertindak sebagai mentor kepada pekerjanya. Contoh: turut membantu dan memberi tunjuk ajar kapada pekerja dalam menyelesaikannya.
Menjadi Ikutan
Menunjukkan teladan kepada pekerja bawahan dengan keperibadian yang terpuji sebagai seorang ketua. Contoh: mudah mesra dan sentiasa menghormati orang lain.
Minda Berstrategi
Mengutamakan gerak kerja yang kemas, teratur dan terancang. Contoh; melaksanakan kerja dengan terancang dan berstrategi.
Cepat Bertindak
Sentiasa peka dan cepat memberi respon terhadap sebarabng keperluan organisasi dan perubahan persekitaran. Contoh: bertindak segera dalam membuat keputusan terhadap maklum balas yang diterima.
Minda Beretika
Memiliki keperibadian mulia dan mengamalkan nilai-nilai akhlak terpuji seperti berbudi bahasa, di segani, berintegriti, tahu menghormati orang lain dan berdisiplin. Contoh: bertindak secara berhemah dan penuh tanggungjawab selaras dengan tuntutan nilai murni organisasi dan masyarakat.
Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan Internet dan mel elektronik di agensi-agensi Kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi Kerajaan.
Tema Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei 2008 adalah "Muzium sebagai agen perubahan dan pembangunan sosial". Di peringkat kebangsaan, majlis sambutan akan diadakan di Kuala Lumpur
Pameran Sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008
Tarikh: 9.00-6.00petang,
20-24 Mei 2008
Keris "Seni dan Kuasa" - Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia
Perkahwinan DiRaja Perak - Lembaga Muzium Perak
Sompoton - Jabatan Muzium Sabah
Monumen Bersejarah Sarawak - Jabatan Muzium Sarawak
Senibina Haiwan - Muzium Sultan Alam Shah
Wawasan Tradisi Melayu Satu Kesinambungan - Muzium Seni Asia
Congkak - Lembaga Muzium Negeri Terengganu
Manuskrip – Khazanah Alam Tamadun Melayu
- Yayasan Warisan Negeri Johor
Transformasi Teknologi Penanaman Padi - Muzium Negeri Kedah
Muzium-muzium di Kelantan - Muzium Negeri Kelantan
Dodol Melaka - Perbadanan Muzium Melaka
“Penang Past & Present” Street Sences - Muzium Negeri Pulau Pinang
Joget Pahang Gamelan Melayu - Muzium Negeri Pahang
Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan - Muzium Polis Di Raja
Malaysia
Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan Muzium Angkatan Tentera
Malaysia
Pameran Adat Perpatih - Muzium Negeri Sembilan
Telefon Awam Sebagai Pemangkin Pembangunan - Masyarakat Muzium Telekom
Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan - Muzium Tentera Udara
Di Raja Malaysia
Visual Art - Balai Seni Lukis Negara
Visual Art - Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah - UiTM
Muzium Sebagai Ejen Perubahan Sosial & Pembangunan - Muzium Negeri Sumatera
Selatan
Jadual Program di Pameran Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008
20 Mei 2008 (Selasa)
08.30
am Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2008 di Jabatan Muzium Malaysia
11.00am Seminar Hari
Muzium Antarabangsa, Auditorium Jabatan Muzium Malaysia
02.00
pm Fashion Parade,UiTM
04.00pm Tarian Zapin,Muzium Telekom
21 Mei 2008 (Rabu)
10.30am Tarian Sabah,
Muzium Telekom
02.00pm Muzik
Tradisional Sompoton, Muzium Sabah
03.30pm Tarian Sarawak,
Muzium Telekom
22 Mei 2008 (Khamis)
10.30am Tarian Joget,
Muzium Telekom
02.00am Muzik
Tradisional Bungkau, Muzium Sabah
03.30pm Tarian Zapin,
Muzium Telekom
23 Mei 2008 (Jumaat)
10.30
am Tarian Sabah,Muzium Telekom
03.00pm Muzik TradisionalSuling, Muzium Sabah
04.00pm Tarian Sarawak,Muzium Telekom
24 Mei 2008 (Sabtu)
10.30am Tarian Joget,
Muzium Telekom
11.00pm Batik / Textile
Parade, UiTM
01.00pm Batik / Textile
Parade, UiTM
02.00pm Persembahan Seni Silat Lincah, UM
03.30pm Live Band Muzium PDRM
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Darniza
Daut @ Mohmud darniza@jmm.gov.my atau Encik
Mokhtar Tamby Ahmad mokhtar@jmm.gov.my di talian 03-22826255