Skip to main content
Please wait...

Muzium Sungai Lembing

Di JMM Wilayah Timur, terdapat hanya sebuah Muzium yang ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia iaitu Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing Pahang.

Muzium Sungai Lembing

[bg|watermarked/muziumsungailembing-w]

Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.

Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris.

Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, yang pernah diusahakan secara besar-besaran dan pernah menjana ekonomi negara yang menjadikan Sungai Lembing begitu terkenal diperingkat antarabangsa. Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong.

Koleksi dan Galeri

Keseluruhan konsep muzium ini menggunakan pelbagai media dan teknik pameran. Susunatur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.

Subscribe to Wilayah Pantai Timur

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut