Skip to main content
Please wait...
Kehadiran Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Timbalan Menteri dan isteri masing-masing serta Ketua Setiausaha KPKKW dan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia di Pentas Perasmian JMMSambutan Hari Muzium Antarabangsa 2008 peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal pada Selasa 20 Mei 2008.

Majlis perasmian telah diadakan di ruang legar Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi.

Selepas majlis perasmian, YB Menteri, Timbalan Menteri dan diringi oleh isteri masing-masing bersama-sama dif-dif jemputan dibawa melawat tapak Pameran Keris “Seni dan Kuasa” di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia.

Antara paparan menarik di tapak pameran yang sempat dilawati beliau adalah Demonstrasi Mencuci Keris, pameran daripada Muzium Negeri Sumatera Selatan dan muzium-muzium di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Muzium Malaysia, Lembaga Muzium Negeri dan muzium-muzium di Malaysia sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut