Skip to main content
Please wait...

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman di Muzium Perak diadakan bermula pada 12 November 2022 hingga 30 Jun 2023 bertempat di Galeri A, Muzium Perak. Pameran ini mengetengahkan seniman tersohor kelahiran negeri Perak yang telah mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negara. Mereka mewakili pelbagai bidang seni iaitu seni lakon dan perfileman, seni suara dan muzik, seni persembahan, seni visual serta seni sastera dan kepenyairan. Sebanyak 93 koleksi menarik dan signifikan dengan seniman turut diperagakan. Antaranya ialah koleksi Tan Sri Dato’ (Dr) Jins Shamsuddin, koleksi kartun Dato’ Lat, koleksi dan karya sasterawan Pak Malim Ghozali PK, pakaian persembahan Dato’ M. Daud Kilau, koleksi Allahyarham Mamat Khalid, Koleksi Allahyarham M. Shariff dan sebagainya.

Kategori Acara
Tarikh Acara
-
Lokasi
Muzium Perak, Taiping

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut