Replika Pokok Getah Emas
Industri getah asli di Tanah Melayu bermula pada tahun 1877. Perusahaan getah menjadi salah satu bahan mentah yang menjana sumber ekonomi penting di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pada tahun 1903, Persatuan Peladang Getah seluruh Tanah Melayu telah menghasilkan cenderamata replika pokok getah yang diperbuat daripada emas tulen sebagai tanda kenangan dan lambang kemewahan di atas hasil getah negara yang dinaungi oleh raja-raja Melayu ketika itu.