Skip to main content
Please wait...

Data Terbuka

NO.

SET DATA

1Muzium-Muzium di Bawah Jabatan Muzium Malaysia
2Statistik Keseluruhan Pelawat Ke Muzium Di Bawah JMM
3Statistik Pelawat Luar Negara Ke Muzium Di Bawah JMM Dari Tahun 2015-2021
4Statistik Pelawat Tempatan Ke Muzium Di Bawah JMM Dari Tahun 2015-2021
5Statistik Pelawat 10 Negara Teratas ke Muzium Negara Dari Tahun 2015-2021
6Khidmat Bantuan Konservasi Kepada Agensi Luar oleh Jabatan Muzium Malaysia
7Statistik Permohonan Pelajar dan Penyelidik Luar di JMM Bagi Tahun 2016 hingga 2021
8Statistik Pengunjung Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia
9Senarai Penyelidikan Jabatan Muzium Malaysia Bagi Tahun 2015 hingga 2021
10Senarai Program Bicara & Seminar Jabatan Muzium Malaysia Bagi Tahun 2015 hingga 2021
11Senarai Buku Jualan Terbitan Jabatan Muzium Malaysia dari Tahun 1986 hingga 2021
12Senarai Penerbitan Jabatan Muzium Malaysia Bagi Tahun 2015 hingga 2021
13Senarai Jumlah Koleksi Artifak Yang Dipamerkan Oleh Muzium-muzium di Bawah Jabatan Muzium Malaysia
14Statistik Jumlah Peserta Program Bermalam Di Muzium Bagi Tahun 2016 hingga 2021
15Statistik Pelajar Latihan Industri Mengikut Institusi di Jabatan Muzium Malaysia
16Statistik Konservasi Artifak oleh Jabatan Muzium Malaysia Dari tahun 2016 hingga 2021
17Senarai Jurnal di Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia
18Senarai Penganjuran Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan dari Tahun 1997 hingga 2021
19Senarai Pameran Utama Jabatan Muzium Malaysia Dari Tahun 2015 hingga 2021
20Jumlah Terkumpul Artifak Jabatan Muzium Malaysia Mengikut Tahun Dari Tahun 2015 hingga 2021
21Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Muzium Malaysia Dari Tahun 2015 hingga 2021
22Senarai Kursus Anjuran Jabatan Muzium Malaysia dari Tahun 2015 hingga 2021
23Statistik Pelawat 10 Negara Teratas ke Galeria Perdana
24Statistik Pelajar Latihan Industri Di Jabatan Muzium Malaysia
25Senarai Artifak Warisan Kebangsaan

Senarai Keseluruhan Dataset

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut