Skip to main content
Please wait...
Pameran Mamalia Malaysia
 

Pengenalan

Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan.

 

Objektif

  1. Memberikan pendedahan kepada pengunjung dengan lebih dekat mengenai beberapa spesies mamalia utama di Malaysia.
  2. Memupuk kefahaman dan kesedaran akan kepentingan spesies mamalia yang terancam di Malaysia.
  3. Mendidik masyarakat mencintai dan menghargai khazanah fauna negara yang diambang kepupusan.

Pelan Lantai

 
Pelan Lantai Pameran Mamalia Malaysia
 
Sila kunjungi halaman Muzium Alam Semulajadi Putrajaya bagi maklumat lanjut.

Hubungi Kami

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Jabatan Muzium Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut