Siput Helmet (Helmet Conch) dikenali dengan nama saintifik Cassis sp. Siput Helmet merupakan spesies siput laut yang paling besar dan tergolong dalam Family Cassidae. Siput ini boleh dijumpai di perairan Lautan Indo-Pacific. Siput Helmet menjadikan landak laut sebagai diet.
Kepala perahu berbentuk naga ini diperbuat daripada kayu nangka dan diukir dengan motif sulur kasang dalam bentuk awan larat. Ia digunakan untuk menghiasi huluan perahu diraja Melayu. Kepala perahu ini milik kerabat diraja Pahang dan digunakan pada akhir kurun ke-18.
Bekas Sisatchanalai bertutup yang mempunyai glis alas berwarna hitam dari tanur Sisatchanalai Thailand.
Tetuang ialah alat tiup seperti sangka kala. Ia diperbuat daripada tanduk lembu atau kerbau, dan biasanya digunakan untuk komunikasi antara nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka meniup tetuang apabila tiba masa untuk ke laut.
Siren buatan England ini digunakan semasa di zaman Jepun (1941-1945) masih berfungsi. Keseluruhan badannya diperbuat daripada besi.
Industri getah asli di Tanah Melayu bermula pada tahun 1877. Perusahaan getah menjadi salah satu bahan mentah yang menjana sumber ekonomi penting di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pada tahun 1903, Persatuan Peladang Getah seluruh Tanah Melayu telah menghasilkan cenderamata replika pokok getah yang diperbuat daripada emas tulen sebagai tanda kenangan dan lambang kemewahan di atas hasil getah negara yang dinaungi oleh raja-raja Melayu ketika itu.
Caping merupakan sejenis aksesori yang digunakan untuk menutup kemaluan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kebiasaannya, kanak-kanak akan dipakaikan caping setelah mereka mencapai umur satu tahun. Penggunaan caping begitu meluas di utara dan Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu. Bahan-bahan membuat caping terdiri daripada emas, perak, tembaga, kayu, tempurung dan kulit kerang.
Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah juga. Sekitar abad ke 18.
Ia mempunyai motif kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat yang memuji kebesaran Allah. Baju ini pernah dimiliki oleh Raja Nik Pek Raja Jamu, kerabat diraja Kesultanan Melayu Patani pada tahun 1805 Masihi.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha Info Lanjut