Skip to main content
Please wait...
Harga/Price (Paperback)
RM44.00
Mukasurat/Pages
194
No Rujukan/ Reference No.
978-967-0372-43-3
Tahun diterbitkan/Year Published
Penerbit/Publisher
Jabatan Muzium Malaysia

Buku Panduan Praktik Konservasi Kuratif ini diterbitkan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada pembaca pelbagai aspek berkaitan metodologi pemuliharaan artifak. Buku ini memfokus kepada teori dan proses konservasi yang melibatkan aspek penilaian kondisi, diagnosis, analisis bahan, rawatan dan dokumentasi artifak. Proses tersebut dipraktikan dalam setiap gerak kerja konservasi artifak samada daripada jenis bahan logam, seramik, kayu atau tekstil.

Buku ini mengandungi 7 bab yang menghuraikan secara terperinci setiap aspek konservasi berpandukan contoh dan komplikasi kajian kes konservasi artifak yang telah dilaksanakan oleh penulis selama hampir 20 tahun sebagai konservator di Jabatan Muzium Malaysia. Panduan praktik yang telah dibincangkan di dalam buku ini seharusnya diterjemahkan kepada penyeragaman prosedur konservasi yang lebih sistematik berdasarkan kepada piawaian amalan konservasi yang telah ditetapkan. Buku Panduan Praktik Konservasi Kuratif amat berguna untuk dijadikan sebagai naskah rujukan utama kepada konservator, profesional muzium dan khalayak dalam memartabatkan artifak warisan negara melalui usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang berterusan.

Contact Us

  • Tel : (+603) 2267-1000 / (+603) 2282-6255
  • pr@jmm.gov.my
  • Department of Museums Malaysia,
    Jalan Damansara
    50566 Kuala Lumpur

About

Open every day from 9.00 am to 5.00 pm

Closed on the First and Second Hari Raya Aidil Fitri and Hari Raya Aidil Adha More Info