• Warna
  • | Saiz teks
Sistem Perpustakaan VTLS
Sistem Pengurusan Aset JMM
Sistem Foto JMM
SPOT-ME

Muzium Tekstil Negara

Anda di sini

Anda di sini

Muzium Tekstil Negara

Brosur

 
Muzium Tekstil Negara ditempatkan di Bangunan JKR 26 di Lot 50 Seksyen 70, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur, sebuah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini. Bangunan yang siap dibina pada tahun 1896 ini berketinggian 2 ½ tingkat dengan keluasan tanah 3259 m2 dan keluasan lantai 3145.3 m2.

Galeri Pameran

 

Galeri Pohon Budi

Pohon Budi dikenali juga sebagai Pohon Hayat atau Pohon Beringin. Disini segalanya bermula sebagai pembuka panggung pentas kehidupan. Pohon Budi , pohon besar tempat berlindung menjadi perlambangan sejarah, hayat kehidupan dan tamadun yang dilalui ibarat sepohon pokok yang bermula dari benih dan membesar mengeluarkan hasil dalam bentuk rupa dan warna yang boleh dimanafaatkan. Galeri Pohon Budi mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. Turut diperagakan adalah peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil melalui proses tenunan, sulaman, membatik, tekatan, mengait serta hiasan manic dengan tumpuan kepada tekstil terunggul di Negara ini seperti songket, pua kumbu, telepuk, tekatan, keringkam, linangkit, kain pis, hiasan manic dan batik.
 

Galeri Pelangi

Pelangi ialah cahaya yang melengkung dengan jalur berbagai warna terbit dilangit biru. Dalam kumpulan tekstil tradisional, kain pelangi dikenali sebagai kain benang raja iaitu kain yang bermacam-macam warnanya. Warna yang lembut seperti hijau, samar, kuning dan biru. Galeri Pelangi adalah perlambangan kepada jalur-jalur warna pelangi yang boleh dikaitkan dengan pelbagai etnik di Malaysia yang kaya dengan khazanah tekstil rumpun masing-masing. Galeri ini mempamerkan koleksi warisan terpilih seperti kepelbagaian dan perkembangan batik, koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman benang sutera, benang emas dan manik-manik serta koleksi tekstil etnik Sarawak dan Sabah yang penuh dengan kehalusan dan aneka motif.
 

Galeri Teluk Berantai

Teluk berantai adalah motif unggul dalam tenunan songket Melayu. Dari sekuntum bunga-bunga yang bertabur, motif ini menjadi satu rekacorak yang harmoni apabila disambungkan dengan tenunan seperti petak-petak yang merantaikan diantara sekuntum bunga dengan bunga yang lain. Teluk berantai lambang keakraaban dan penyatuan rumpun Melayu dalam penghasilan seni warisan yang berkekalan sehingga hari ini. Galeri Telok Berantai mempamerkan kekayaan, kehalusan dan keindahan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket, kain limar songket tenggarung, kain telepuk, kain berayat dan pelbagai jenis busana.
 

Galeri Ratna Sari

Ratna ialah berbagai jenis intan, cempaka dan mutu manikam. Sari ialah pati dan isi bahagian yang amat penting lazimnya disebut sebagai saripati. Ratna Sari ialah gelaran sesuai diberikan kepada sebuah koleksi terpilih barang kemas dari kreativiti seniman zaman silam. Gabungan tukang-tukang Melayu, Cina dan India dalam menghasilkan barang kemas yang dipakai oleh semua bangsa satu ketika dahulu. Galeri Ratna Sari memperagakan barang kemas dan perhiasan diri pelbagai etnik di Malaysia daripada bahan emas, perak, tembaga, manik dan tumbuh-tumbuhan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Di antaranya ialah mahkota, pemeleh, cucuk sanggul, dokoh, pending, gelang tangan, caping dan gelang kaki dan lain-lain.

Pelan Lantai

 
Pelan Lantai Muzium Tekstil Negara
 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Waktu terakhir pembelian tiket pada jam 4.30 petang.

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Bayaran Masuk

Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)
Percuma

Peta Lokasi



Muzium Tekstil Negara in a larger map

Address: 
JKR 26, Jalan Sultan Hishamudin, 50050 Kuala Lumpur.
Tel: 
03-2694 3457 / 3461
Fax: 
03-2694 3466
Email: 
info@jmm.gov.my

Kemas kini terakhir: 14 Oktober 2024 - 9:30am

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources