
Brosur
Latar Belakang
Muzium Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Negeri Perak) yang terletak di Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu bata pada tingkat bawah dan kayu pada bahagian atas. Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1923-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946-1984). Kota ini dijadikan Muzium Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).
Koleksi dan Galeri
Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan muzium ini sendiri.
Pameran Tetap
Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.
Dibuka Selasa hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang.

Setiap Hari Isnin
Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Bayaran Masuk
Percuma
Kemudahan Pengangkutan
Pelawat boleh berkunjung ke Muzium Matang yang terletak di daerah Taiping. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang turut disediakan antaranya perkhidmatan Teksi, Bas Ekspres dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur. Pelawat dari luar bandar Taiping juga dapat berkunjung ke Muzium Matang dengan jaringan pengangkutan awam yang baik, mudah, mesra dan menjimatkan masa.
Kemudahan Lain
Surau, tempat letak kereta, mini perpustakaan, lawatan berpandu, kemudahan penyelidikan dan jualan buku.
Peta Lokasi
Address:
Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Perak.
Tel:
05-847 7970
Fax:
05-847 7757
Email:
pr.mmatang@jmm.gov.my
Versi mesra pencetak
- 29094 bacaan