![Muzium Kota Kuala Kedah Muzium Kota Kuala Kedah](http://www.jmm.gov.my/files/styles/fullnode/public/images/muzium/kuala_kedah.jpg?itok=yTgh_yOh)
Brosur
![Latarbelakang Latarbelakang](http://www.jmm.gov.my/files/latarbelakang.jpg)
Galeri
Galeri pameran Muzium Kota Kuala Kedah dibahagikan kepada enam segmen, iaitu:
- Pengenalan
- Sejarah
- Fungsi Kota Kuala Kedah
- Zaman British
- Zaman Jepun
- Zaman Selepas Merdeka
Koleksi
Muzium Kota Kuala Kedah memperagakan 60 koleksi artifak arkeologi, seramik dan batu bata asal kota. Koleksi menarik yang dipamerkan di Muzium Kota Kuala Kedah ialah 13 buah peluru meriam dan enam buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun. Selain itu, terdapat artifak yang dipanggil ‘Pelita’ ditemukan semasa penyelidikan arkeologi dan kerja-kerja konservasi tembok timur berhampiran pintu gerbang Kacapuri.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha
Tandas, tempat letak kereta, kafe, surau, lawatan berpandu (atas permintaan)
Tarikan Berhampiran
- Kota, mahkamah lama, pintu gerbang Kacapuri, pintu gerbang British, rumah api, tapak kuarters, tapak istana
- Pekan rabu
- Muzium Negeri Kedah
- Muzium Diraja
- Muzium Padi
Pegawai untuk dihubungi
Encik Suhaimi bin Osman (suhaimi.osman@jmm.gov.my)
Versi mesra pencetak
- 57364 bacaan