
Brosur

Galeri ini memfokuskan kepada kepelbagaian aspek sosio-budaya masyarakat Melayu di Malaysia yang ditonjolkan melalui koleksi artifak berestetika tinggi seperti kesenian tradisional, busana dan perhiasan diri, permainan tradisional dan persenjataan. Selain itu, diorama seperti perkampungan Melayu, bangsal Wayang Kulit, Pelaminan Melayu dan pembuatan wau bulan juga turut mengisi ruang pameran galeri ini. Antara koleksi menarik yang dipamerkan di galeri ini termasuklah pakaian Cik Siti Wan Kembang, pelaminan Perak, watak-watak wayang kulit, pelbagai jenis replika perahu, dan sebagainya.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha
Jenis Pelawat
|
Kadar
|
Warganegara |
RM 2.00
|
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) |
RM 1.00
|
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara) |
Percuma
|
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara) |
Percuma
|
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara) |
RM 2.00
|
Ahli International Council of Museums (ICOM) |
Percuma
|
Bukan Warganegara |
RM 5.00
|
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara) |
RM 2.00
|
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara) |
Percuma
|
Dengan Bas atau Teksi Dengan Komuter/ Putra LRT Turun di stesen KL Sentral, berjalan sejauh 0.5 km ke Muzium Negara
Address:
Muzium Etnologi Dunia Melayu,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur
Tel:
03-2267 1000
Fax:
03-2282 7294
Email:
info@jmm.gov.my
Facebook:
Versi mesra pencetak
- 37228 bacaan