
Brosur 1 | Brosur 2

Objektif
- Mengumpul, menyelidik, mendokumentasi, memulihara dan memelihara warisan sejarah di Labuan terutamanya di kawasan utara Labuan yang memiliki banyak tapak dan monumen bersejarah.
- Menjadi salah satu institusi pendidikan tidak formal masyarakat dan pusat rujukan penyelidikan yang menyebarluas, mengangkat dan melestarikan warisan, sejarah dan budaya tempatan.
- Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara warisan dan sejarah negara khususnya di Labuan.
- Menjadi salah satu produk pelancongan sejarah tempatan dan seterusnya di Malaysia dan luar negara.
Galeri Pameran
Reka bentuk bangunan dua tingkat muzium ini diinspirasikan daripada seni bina sebuah bangunan sekolah zaman kolonial di Labuan. Di aras bawah, muzium ini memaparkan mengenai sejarah Tanjung Kubong, sejarah awal kegemilangan Labuan sebagai sebuah pengeluar terbesar sumber galian arang batu di rantau ini sehingga kepada perkembangan sistem pengangkutan kereta api yang dipercayai antara yang terawal di Malaysia. Manakala galeri di tingkat atas, mempamerkan keunikan Menara Chimney yang sehingga kini masih mengundang misteri kerana fungsi sebenar pembinaannya masih belum dapat dipastikan. Adakah ia berfungsi sebagai cerobong pembakaran batu bata, cerobong peleburan besi, rumah api, menara loceng ataupun sebuah mercu tanda ketika era kegemilangan perlombongan arang batu di Labuan. Menara setinggi 32.5 meter ini telah dibaik pulih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999, dan dianggap antara kerja konservasi paling berisiko pernah dilakukan di Malaysia. Pada tahun 2013, Menara Chimney telah dianugerahkan The International “Green Apple Awards“ dengan merangkul Gangsa bagi kategori Warisan Seni Bina daripada The Green Organisation, di London.
Koleksi Artifak
Pelbagai koleksi artifak perlombongan diperagakan di muzium ini yang sebahagian besarnya diperolehi daripada kerja-kerja ekskavasi arkeologi di tapak Menara Chimney dan aktiviti eksplorasi kawasan sekitarnya. Antara koleksi menarik di muzium ini ialah bekas candu orang Cina dan pelbagai artifak seramik yang pernah digunakan oleh para pelombong, tinggalan komponen-komponen lokomotif keretapi pengangkut arang batu yang pernah beroperasi di Labuan dan jumpaan pelbagai batu bata asal Menara Chimney, yang sebahagian besarnya berasal daripada kilang-kilang pengeluar jenama terkenal Inggeris di Scotland serta syarikat perlombongan arang batu di Labuan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan Lawatan Berpandu disediakan sekiranya ada permohonan
Penjualan bahan-bahan terbitan Jabatan Muzium Malaysia (CD/VCD/Buku)
- Bas Mini No. 6 – Kadar RM 3.50
- Teksi – RM25.00 (kadar semasa)
- Grab – RM19.00 (kadar semasa)
Penginapan
Palm Beach Resort
Homestay
- Homestay Paadian Ku Kg Pantai
- Homestay Bukit Kuda
- Duan Homestay Kg Layang-layangan
- Pilly Homestay Kg Layang-layangan
Tempat-Tempat Menarik
- Taman Burung Labuan
- Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu
- Taman Batu Manikar
- Pantai Pohon Batu
- Pantai Pancur Hitam
- Anjung Ikan Bakar – Kg Lubok Temiang
- Anjung Ketam – Kg Tanjung Aru
- Taman Damai, Layang-Layangan
- Labuan Chimney Walking Trail (Tapak Gedung Ubat, Pusara Peringatan Alice, Tip of Kubong dan Panorama Gerbang Laut)
Versi mesra pencetak
- 11779 bacaan