24 November 2014 - 4:56 pm

Muzium Automobil Nasional

Muzium Automobil Nasional
 
Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini. Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.
 

Koleksi dan Galeri

Muzium Auotomobil Nasional yang terletak di Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang dengan mempunyai keluasan ruang pameran 7,949 kaki persegi bagi tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi untuk tingkat satu. Ruang pameran tingkat bawah memaparkan segmen pengenalan Muzium Automobil Nasional serta sejarah perkembangan sistem pengangkutan Malaysia dan kemasukan kereta-kereta terawal. Di sini koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah kereta-kereta yang pernah digunakan di negara ini termasuklah kereta Brushmobile keluaran tahun 1904, Ford Speedster tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935. Segmen seterusnya adalah Litar Antarabangsa Sepang dengan aktiviti-aktiviti tahunan dalam sukan permotoran seperti perlumbaan F1, Super GT International Series dan MotoGP, dan segmen kereta vintaj dan klasik yang pernah digunakan di negara ini. Ruang pameran tingkat satu pula merupakan paparan industri permotoran di Malaysia secara umum. Di sini pengunjung dapat mengetahui syarikat-syarikat tempatan yang menyumbang dalam memajukan industri ini termasuklah DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS dan PERODUA. Koleksi-koleksi yang dipamerkan adalah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.
 

Hari & Masa Lawatan

9.00 a.m - 6.00 p.m setiap hari Tutup pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha
 

Bayaran Masuk

Percuma
 

Kemudahan Pengangkutan

Dari KLIA, Terminal LCCT dan Stesen Komuter Nilai. Teksi bermeter.
 

Tempat-tempat menarik yang berhampiran

Sepang International Circuit Kuala Lumpur International Airport
 

Peta Lokasi

View Muzium Automobil in a larger map

Address: 
Muzium Automobil Nasional Litar Antarabangsa Sepang Jalan Pekeliling 64000 KLIA Sepang Selangor
Tel: 
03-8787 4759
Fax: 
03-8787 3732
Email: 
intanfadzri@jmm.gov.my