19 Disember 2014 - 12:20 am

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang
 
Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi. Muzium ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang. Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1980 oleh Kebawah Duli Yang maha mulia Al-Sultan Almu’tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman. Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi. Artifak Arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
 

Koleksi dan Galeri

Muzium Arkeologi Lembah Bujang mempunyai ribuan koleksi yang memberi peluang pada para penyelidikan yang berminat membuat kajian mengenai perdagangan dan peradaban manusia pra islam di Semenanjung. Koleksi arkeologi yang terdapat di Muzium ini membuktikan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan utama di asia Tenggara pada kurun ke 3 masehi hingga ke 14 masehi, yang terdiri bahan-bahan dagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab, China, India serta pedagang-pedagang maritime tempatan di Kepulauan Melayu seperti seramik, manik-manik kaca dan rempah ratus. Sebahagian dari koleksi ini dipamerkan di dalam 2 buah galeri yang dibina khas dengan teknik-teknik pameran yang berinformatif. Landskap persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dihiasi denga tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang menunjukkan wujudnya kepercayaan agama Hindu/Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang. Muzium Arkeologi Lembah Bujang menyediakan kemudahan beriadah dan beristirehat dimana pelawat berpeluang menikmati landskap hutan hujan tropika yang menghiasi latar belakang Muzium ini. Disamping menikmati keindahan dan keunikan senibina dan tinggalan masyarakat silam, pelawat juga boleh menghayati ketenangan aliran sungai, air terjun semulajadi serta kehijauan tropika yang dihiasi dengan flora dan fauna yang hidup secara semulajadi di sekeliling Muzium ini.
 

Bayaran Masuk

Percuma
 

Kemudahan Pengangkutan

Pengujung boleh menaiki kenderaan awam samada bas atau teksi dari Bandar Sungai Petani. Jika menaiki kenderaan sendiri menerusi lebuh raya utara selatan, boleh keluar melalui plaza tol Sungai Petani Utara atau Selatan dengan memandu menghala ke Bandar Sungai Petani sebelum melalui pekan Semeling untuk terus ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah.
 

Kemudahan Penginapan

Di Pekan Sungai Petani: * Hotel Seri Malaysia * Hotel Novotel * Swiss Inn Garden * Sungai Petani Inn * M.S. Garden * Northern Lodge * Duta Hotel Di Pekan Merbok: * Damai Resort
 

Tempat-tempat menarik berhampiran

* Pantai Merdeka * Peranginan Gunung Jerai * Taman Rekreasi Tupah * Produk Nelayan * Taman Rekreasi berlatar belakangkan Hutan Hujan Tropika * Kedai Cenderahati

Pegawai untuk dihubungi

En. Azman bin Adam (azmanadam@jmm.gov.my)
En. Mat Yassim @ Mohsien bin Talib (mohsien@jmm.gov.my)
Puan Nurul Azlida bt. Ghozali (azlida@jmm.gov.my)

Peta Lokasi

View Muzium Arkeologi Lembah Bujang in a larger map

Address: 
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 08400 Pekan Merbok, Kedah
Tel: 
+604-457 2005
Fax: 
+604-457 5051
Email: 
azmanadam@jmm.gov.my