Brosur
Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah selaras dengan pemahaman bahawa setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dengan tanda persahabatan dari serata dunia, pelawat dan pelancong akan menikmati peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan dari dalam dan luar negara.
Galeria Perdana juga menjadi penyampai kepada tanda penghargaan, pengiktirafan dan keikhlasan sumbangan dari penyumbang kepada Tun yang telah membawa Malaysia ke persada dunia sepanjang tempoh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Galeria Perdana telah dirasmikan pada 3 Disember 1995 dan dibuka kepada orang ramai mulai April 1996.
Galeria Perdana adalah merupakan gabungan 3 buah bangunan dua tingkat bersambung yang bercirikan Senibina Oriental. Ianya dibina dalam 2 fasa :
1. Fasa I : Terdiri dari 2 buah bangunan 2 tingkat iaitu Blok A dan B. Kedua-dua blok ini adalah 2 blok yang bersambung.
- Keluasan Blok A dan B :
- Keluasan Bangunan = 3,273 m.p
- Keluasan Lantai = 4,906 m.p
- Tarikh pembinaan bermula = 1 Mac 1995
- Tarikh tamat pembinaan = 31 Oktober 1995
2. Fasa II : Terdiri dari sebuah blok baru 2 tingkat iaitu Blok C dan disambungkan dengan Blok B. Ianya siap dibina pada hujung tahun 2003.
- Keluasan Blok C :
- Keluasan Bangunan = 2,801.54 m.p
- Keluasan Lantai = 5,112.60 m.p
- Tarikh pembinaan bermula = 16 Februari 2002
- Tarikh tamat pembinaan = 13 September 2003
Untuk memelihara buat selama-selamanya anugerah cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dari pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia.
Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan penyimpanan, pemeliharaan, pameran, rujukan dan penyelidikan mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan juga mengenai era pentadbirannya.
Untuk menjadikan Galeria Perdana dan bahan-bahan yang dipamerkan hak milik kerajaan dan rakyat Malaysia sebagai sebuah organisasi yang tidak bercorak partisan atau politik malah lebih merupakan sebagai produk pelancongan, bahan kajian dan bahan penyelidikan.
Untuk menjadikan Galeria Perdana sebagai sebuah monumen yang kekal bagi satu epic sejarah Malaysia yang penting sepanjang kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mendedahkan kepelbagaian seni kraf yang unik dan bermutu tinggi sebagai satu inspirasi kepada pengusaha kraf di Malaysia supaya dapat memperluaskan kraf bertaraf dunia.
1. |
PAMERAN WAJAH-WAJAH TUN |
2015 |
1. Lawatan :
- Lawatan ke Majlis perasmian SKYDOME dan pengiktirafan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad (01 September 2014)
2. Lawatan berpandu :
- Lawatan dari delegasi Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) sempena SIGA 2014 (27 April 2014)
- Lawatan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-17 di Langkawi (20 Mei 2014)
- Lawatan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, PDRM (03 Jun 2014)
- Lawatan sempena program Designing And Implementing Master Plan For Sustainable Islamic Tourism Development oleh Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) (07 September 2014)
- Lawatan dari Konsulat Thai (11 September 2014)
- Lawatan dari Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (17 Novermber 2014)
- Lawatan dari Puspanita Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) (25 November 2014)
3. Outreach Program :
- Pameran sempena Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan Lembaga Pembangunan Langkawi (28 April 2014)
- Pameran sempena Pesta Air Malaysia di Langkawi (9/10 Mei 2014)
- Karnival Homestay Kedah (12/13 September 2014)
- Pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Permekasaan Komunikasi langkawi dan Pelancaran Karnival Jalur Lebar 1Malaysia (14 September 2014)
- Pameran sempena Festival Kraf Langkawi 2014 (21 November 2014)
4. Aktiviti :
- Perlawanan Boling Persahabatan antara Galeria Perdana dan Kompleks Kraf Langkawi (22 Januari 2014)
- Konvoi Amal Jelajah Langkawi oleh Kelab Pemilik Proton Perdana (PROPERD) (02 Mac 2014)
- Konvoi Motosikal berkuasa besar dari Ducati (28 September 2014)
- Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kilim (12 November 2014)
- Bekerjasama, membantu dan memberi bantuan teknikal kepada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia dalam menyediakan sudut pameran Tun Dr. Mahathir Mohamad di UUM (26 - 28 Mei 2014)
- Blok A : Kubah dan Lukisan di atas siling dibuat oleh artis dari Uzbekistan. Kubah Blok A berwarna kemerahan. Lukisan siling dilukis dengan menggunakan tangan. Mempamerkan artifak seperti Kristal, Perak, Kayu, Tembaga, Lukisan, Seramik, Porselin, Koleksi Islam, Alat Muzik, Pewter dan Medal.
- Blok B : Kubah dan Lukisan di atas siling dibuat oleh artis dari Uzbekistan. Kubah Blok B berwarna kebiruan. Lukisan siling dilukis dengan menggunakan tangan. Mempamerkan artifak seperti Perhiasan Diri, Perak, Batu, Kayu, Lukisan, Kenderaan, Laker, Medal, Plak, Sijil, Kraf, Porselin dan Tekstil.
- Blok C : Kubah dan Lukisan di atas siling dibuat oleh artis dari Uzbekistan. Kubah Blok B berwarna keputihan. Lukisan siling dilukis dengan menggunakan tangan. Mempamerkan artifak seperti Model, Porselin, Senjata, Koleksi Bahan Bercetak dan Kenderaan.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha
Pemegang Mykad |
Bukan Pemegang Mykad / Foreigner |
||
Kategori |
Harga |
Kategori |
Harga |
Dewasa Kanak-kanak (6 -12 Tahun) Murid Sekolah Rendah Murid Sekolah Menengah Murid Sekolah Menengah (tidak seragam) 13-17 Tahun
Pelajar IPT (Kemukan Kad Pelajar) Warga Emas (55 Tahun keatas / Pesara) Kamera Video Kamera |
RM 5.00 RM 2.00 RM 2.00 RM 2.00 RM 3.00
RM 3.00 RM 3.00 RM 2.00 RM 5.00 |
Adult Children (6-12 Years)
Camera Video Camera
|
RM 10.00 RM 4.00
RM 2.00 RM 5.00 |
- Tandas Awam
- Tandas OKU
- Surau
- Kafeteria
- Kedai Cenderamata
- Perpustakaan
- Auditorium
- Parkir Bas
- Parkir Kereta
- Kerusi Roda
Teksi = RM 20.00 (dari Jeti Kuah ke Galeria Perdana), RM 30.00 (dari Airport ke Galeria Perdana)
Kemudahan Penginapan:
- Best Seven Motel (Taman Seri Berlian)
- Four Season Resort (Tanjung Rhu)
- Tanjung Rhu Resort (Tanjung Rhu)
- Isa Motel (Tanjung Rhu)
- Institut Pengurusan Peladang (Kuah)
- Garden Hotel (Kuah)
- HiG Hotel (Kuah)
Tempat Menarik Berhampiran:
- Wildlife Park
- Sungai Kilim Mangrove Tour
- Air Terjun Durian Perangin
- Air Hangat Village
Kedai Cenderahati:
- Menjual cenderahati dari Langkawi
- Versi mesra pencetak
- 53213 bacaan