Muzium Perak
Koleksi dan Galeri
Galeri Alam Semulajadi memaparkan pelbagai jenis spesimen haiwan, burung, ikan, siput dan herberium yang dimasukan ke dalam peti-peti pameran yang juga unik berusia lebih seratus tahun, di samping ditempatkan ke dalam pelbagai jenis diorama yang merakamkan satu kaedah persembahan ala British dan mengekalkan suasana habitat haiwan yang menarik penuh dengan unsur estatika yang agung. Galeri Kebudayaan pula banyak memperagakan koleksi ataupun artifak daripada pelbagai jenis kerja perusahan pertukangan, kraftangan dan anyaman masyarakat Malaysia khususnya negeri Perak seperti tekatan yang unik diantaranya telah dihasilkan bonda seorang Sultan Perak. Anyaman tudung saji, tikar pandan dan mengkuang dan termasuk bakul amat halus hasil kerja tangannya, di samping unik, indah, menarik dan kaya dengan nilai-nilai estatika yang semankin sukar diperolehi dekad ini. Galeri Orang Asli dan Tembikar pula kaya dengan koleksi atau artifak. Perak yang merupakan salah sebuah negeri yang banyak dihuni oleh masyarakat Orang Asli daripada keturunan Melayu Proto, Senoi dan Negroto. Galeri Orang Asli di muzium ini merupakan sebuah jendela ke arah memperlihatkan kehebatan kerja tangan masyarakat ini seperti kehebatan mereka menghasilkan pakaian daripada kulit kayu, banyak menghasilkan alat permanian muzik tradisional di samping kehebatan hasil ukiran dan senikraf seperti patung dan topeng yang banyak diadaptasikan dalam upacara perubatan dan magik. Tembikar yang diperagakan oleh muzium adalah hasil perusahan tembikar tradional yang meliputi labu, geluk, belanga, pasu pucung, buyung, kukusan dan perasapan yang berusia lebih 100 tahun. Selain itu muzium juga menganjurkan pameran bergerak khususnya ke sekolah-sekolah sekitar Bandar Taiping dan Bandar-bandar lain yang berdekatannya yang kebiasaanya dilakukan di atas permintaan pihak sekolah yang berminat. Di antara tajuk-tajuk yang ditrampilkan ialah Pameran Kegemilangan Bandar Taiping dan Kesultanan Perak.
Hari & Masa Lawatan
Bayaran Masuk
Kemudahan Pengangkutan
Kemudahan Penginapan
Tempat-tempat menarik berhampiran
Kemudahan lain
Peta Lokasi
View Muzium Perak in a larger map

