Galeria Perdana

 
Latar Belakang
 
Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
 
Ini adalah selaras dengan pemahaman bahawa setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dengan tanda persahabatan dari serata dunia, pelawat dan pelancong akan menikmati peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan dari dalam dan luar negara.
 
Galeria Perdana juga menjadi penyampai kepada tanda penghargaan, pengiktirafan dan keikhlasan sumbangan dari pelbagai penyumbang. Galeria Perdana telah dirasmikan pada 3 Disember 1995 dan dibuka kepada orang ramai mulai April 1996.
 
Galeria Perdana adalah merupakan gabungan 3 buah bangunan dua tingkat bersambung yang bercirikan Senibina Oriental. Ianya dibina dalam 2 fasa :
 
1) Fasa I :
 
Terdiri dari 2 buah bangunan 2 tingkat  iaitu Blok A dan B. Kedua-dua blok ini adalah 2 blok yang bersambung.
Keluasan Blok A dan B :
- Keluasan Bangunan = 3,273 m.p
- Keluasan Lantai = 4,906 m.p
Tarikh pembinaan bermula = 1 Mac 1995
Tarikh tamat pembinaan = 31 Oktober 1995
Kos Projek = RM 15.3 Juta

2) Fasa II :

Terdiri dari sebuah blok baru 2 tingkat iaitu Blok C dan disambungkan dengan Blok B. Ianya siap dibina pada hujung tahun 2003. 
Keluasan Blok C :
- Keluasan Bangunan = 2,801.54 m.p
- Keluasan Lantai = 5,112.60 m.p
Tarikh pembinaan bermula = 16 Februari 2002
Tarikh tamat pembinaan = 13 September 2003
Kos Projek = RM 32 Juta

Objektif

  • Untuk memelihara buat selama-selamanya anugerah cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dari pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan penyimpanan, pemeliharaan, pameran, rujukan dan penyelidikan mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan juga mengenai era pentadbirannya.
  • Untuk menjadikan Galeria Perdana dan bahan-bahan yang dipamerkan hak milik kerajaan dan rakyat Malaysia sebagai sebuah organisasi yang tidak bercorak partisan atau politik malah lebih merupakan sebagai produk pelancongan, bahan kajian dan bahan penyelidikan.
  • Untuk menjadikan Galeria Perdana sebagai sebuah monument yang kekal bagi satu epic sejarah Malaysia yang penting sepanjang pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Aktiviti Muzium sepanjang tahun 2013

1. Lawatan :
  • Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Langkawi UKM di Pantai Kok (19/03/2013)
2. Lawatan berpandu : 
  • Lawatan dari Duta Kazakhstan di Malaysia (29/07/2013)
  • Lawatan dari JMM sempena Program Kecemerlangan Kerja (Lawatan Keilmuan) (22/06/2013)
  • Lawatan dari Philippine Navy Chief, Vice Admiral Jose Luis M Alano serta staff dan Angkatan Tentera Laut Malaysia sempena LIMA’13 (25/03/2013)
  • Lawatan dari Dato' Mohammed Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (05/10/2013)
  • Lawatan dari YBhg Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali (06/01/2013)
  • Lawatan dari TYT Melaka Tun Datuk Seri Mohd Khalil Bin Yaakob (27/03/2013)
  • Lawatan dari Tan Sri Dr. Rais Yatim (13/04/2013)
  • Lawatan dari Lembaga Koko Malaysia, Datuk Siringan Gubat (19/07/2013)
  • Lawatan dari Jabatan Akauntan Negara (06/06/2013)
3. Outreach Program :
  • Pameran Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Langkawi di Chandek Kura (19,20/04/2013)
  • Program Aduan Bergerak Bersepadu anjuran BPA di Pekan Rabu (28/02/2013)
  • Pameran sempena Festival Kraf Langkawi di Kompleks Kraf Langkawi (22/11 – 2/12/2013)
4. Aktiviti :
  • Perlawanan Persahabatan antara Galeria Perdana dan Kompleks Kraf Langkawi di Ampang Superbowl Langkawi (08/05/2013)
  • GeoHunt Langkawi Geopark (21/04/2013)
  • Kembara Merdeka dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang (24/08/2013)
  • Karnival Bersama Muzium Galeria Perdana (14,15/12/2013)
  • Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul (07/02/2013)

 Galeri Gambar

 


Waktu Operasi :

  • 08:30 pagi hingga 05:30 petang (hari biasa)
  • 08:30 pagi hingga 06:00 petang (cuti sekolah/public holiday)

Waktu Tutup :

  • Dibuka sepanjang tahun kecuali Hari Raya Aidilfitri (Hari Pertama) dan Hari Raya Aidiladha (Hari Pertama)

Bayaran Masuk :

Pemegang Mykad

Bukan Pemegang Mykad / Foreigner

Kategori

Harga

Kategori

Harga

Dewasa

Kanak-kanak (6 -12 Tahun)

Murid Sekolah Rendah

Murid Sekolah Menengah

Murid Sekolah Menengah

(tidak seragam) 13-17 Tahun

Pelajar IPT (Kemukan Kad Pelajar)

Warga Emas

(55 Tahun keatas / Pesara)

Kamera

Video Kamera

 

RM 5.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 3.00

 

RM 3.00

RM 3.00

 

RM 2.00

RM 5.00

Adult

Children (6-12 Years)

Camera

Video Camera

 

RM 10.00

RM 4.00

RM 2.00

RM 5.00

Kemudahan yang disediakan:
  • Tandas Awam
  • Tandas OKU
  • Surau
  • Kafeteria
  • Kedai Cenderamata
  • Perpustakaan
  • Auditorium
  • Parkir Bas
  • Parkir Kereta
  • Kerusi Roda 
Pengangkutan :
  • Teksi

- RM 20.00 (dari Jeti Kuah ke Galeria Perdana)

- RM 30.00 (dari Airport ke Galeria Perdana)

Peta Lokasi

Address: 
Galeria Perdana Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi Kedah Darul Aman
Person Incharge: 
Mohamad Najib bin Adnan
Jawatan: 
Pegawai Tadbir
Tel: 
04-959 1498
Fax: 
04-959 1819