Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.
Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my
Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.
Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia mengumpul dan mewujudkan koleksi gambar yang meluas. Koleksi gambar diperolehi daripada pelbagai sumber Jabatan Muzium Malaysia seperti liputan langsung jurugambar, hasil dokumentasi penyelidikan, imbasan gambar dan fotograf lama dan sebagainya. Gambar-gambar koleksi Jabatan Muzium Malaysia ini boleh diperolehi individu atau organisasi yang berminat.
Mengumpulkan, membangunkan dan mewujudkan pangkalan data dalam bentuk gambar dan video mengenai koleksi budaya, sejarah, arkeologi dan alam semula jadi negara, selain dari program, aktiviti dan peristiwa-peristiwa penting di peringkat Jabatan dan nasional.
Mendokumentasi, merekod dan menyimpan segala rakaman berkaitan sejarah negara, warisan kebudayaan dan lain-lain khazanah tinggalan bangsa.
Menyediakan perkhidmatan fotografi untuk tujuan penyelidikan, pameran, penerbitan, pendidikan dan sebagainya.
Menyediakan perkhidmatan rakaman dalam bentuk liputan langsung jurugambar dan juruvideo bagi semua program dan aktiviti Jabatan, di samping program terpilih di peringkat kementerian dan nasional.
Menjadi pusat rujukan bergambar bagi golongan penyelidik dari golongan pelajar di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi, golongan profesional, agensi-agensi luar sehinggalah kepada penyelidik persendirian yang berminat.
Sehingga kini terdapat lebih 250,000 keping foto meliputi pelbagai tajuk seperti pecahan berikut :
Bil | Kategori | Jumlah Imej |
1 | Pameran | 8,284 |
2 | Sejarah | 11,172 |
3 | Arkeologi | 19,236 |
4 | Etnologi | 35,776 |
5 | Peristiwa Jabatan | 181,757 |
KATEGORI
|
UKURAN
|
KADAR HARGA (RM)
|
UKURAN
|
KADAR HARGA (RM)
|
Pelajar IPTA / IPTS | A4 (8.75 x 11.75) |
*Percuma
|
A3 (16.5 x 11.75) |
*Percuma
|
Individu / Penyelidik | A4 (8.75 x 11.75) |
30.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
60.00
|
Agensi Kerajaan | A4 (8.75 x 11.75) |
30.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
60.00
|
Swasta | A4 (8.75 x 11.75) |
200.00
|
A3 (16.5 x 11.75) |
500.00
|
Foto-foto yang dipamerkan atau diterbitkan hendaklah diberi pengenalan 'DENGAN IHSAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA' atau 'COURTESY OF THE DEPARTMENT' OF MUSEUM MALAYSIA'. Kebenaran untuk menerbitkan foto-foto tersebut hendaklah diperolehi daripada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.
8.30 pagi - 5.00 petang (Isnin - Khamis)
8.30 pagi -12.00 tengahari; 3.00 petang - 5.00 petang (Jumaat)
Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ketua Unit Sumber Media
En. Ritchie anak Jonathan Ahi
Telefon: 03-2267 1000 samb. 346
Emel: ritchie@jmm.gov.my [1]
Unit Sumber Media,
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara,
50566 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-2267 1000 samb. 346
No. Faks: 03-2267 1275
Links:
[1] mailto:ritchie@jmm.gov.my