Jabatan Muzium Malaysia
Telah diterbitkan di Jabatan Muzium Malaysia (http://www.jmm.gov.my)

Laman Utama > Muzium Seni Bina Malaysia

Muzium Seni Bina Malaysia

Muzium Seni Bina Malaysia

Brosur [1]

Latar Belakang

Muzium Seni Bina Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2004. Objektif utamanya adalah untuk mempamerkan keunikan dan kepelbagaian warisan seni bina di Malaysia selain mengendali dan menyediakan maklumat asas mengenai sejarah serta perkembangan seni bina yang terdapat di negara ini. Lebih menarik lagi bangunan yang merupakan sebuah muzium ini juga merupakan sebuah bangunan warisan seni bina penjajahan Belanda sekitar tahun 1700-an.

Bangunan yang dijadikan muzium ini adalah sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pegawai-pegawainya. Ia kemudian dijadikan pejabat pentadbiran semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium pada tahun 2000, bangunan ini telah digunakan sebagai pejabat pentadbiran Lembaga Air Melaka sejak tahun 1982.

Pameran dan jalan cerita muzium ini diolah dan disusun mengikut segmen-segmen tertentu bagi memudahkan pemahaman pengunjung. Konsep persembahannya pula merangkumi panel grafik, persembahan mulitimedia dan peragaan koleksi artifak serta model tiga dimensi bangunan-bangunan terpilih dari seluruh negara. 

Muzium Seni Bina Malaysia memperagakan pelbagai koleksi menarik antaranya Panel Dinding Berukir dari Negeri Kelantan, Model Rumah Tradisional Terengganu, Rumah Kedai Cina di Melaka, Pintu Berukir dengan motif bungadan kaligrafi, Gergaji Belah kurun ke-19 dan sampel spesies kayu di Malaysia.

Ruang pameran terdiri daripada 7 Galeri iaitu Galeri A – Pengenalan, Galeri B – Sejarah dan Perkembangan Seni Bina di Malaysia, Galeri C – Seni Bina dan Kepercayaan, Galeri D – Tipologi Seni Bina di Malaysia, Galeri E – Ukiran dan Motif, Galeri F – Peralatan dan Teknologi dan Galeri G – Bahan-bahan dalam Seni Bina.

Muzium Seni Bina Malaysia ini yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang seumpamanya yang diharap dapat memberikan sedikit gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia kepada masyarakat umum.

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Bayaran Masuk

Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)
Percuma

Kemudahan

1. Perpustakaan
2. Bilik tayangan video
3. Lawatan berpandu akan disediakan (hubungi pegawai kami untuk permohonan)
4. Terdapat restoran dan hotel berhampiran muzium
5. Tandas awam

Peta Lokasi

Address: 
Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: 
06-286 4763/4757
Fax: 
06-286 5092
Email: 
info@jmm.gov.my
Facebook: 
https://www.facebook.com/Muzium-Seni-Bina-Malaysia-Page-Rasmi-102555352208800 [2]

PENAFIAN: Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan serta Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan sebarang maklumat di dalam laman web ini. Laman web ini telah diuji menggunakan semua pelayar popular seperti Internet Explorer 7/8/9, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Opera dengan resolusi paparan 1024x768.

ALAMAT:  Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel : (+603) 2267-1000  Faks : (+603) 2284-9103 
Emel - info [at] jmm.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara atau komunikasi korporat, sila dail (+603) 2267-1048, (+603) 2267-1049, (+603) 2267-1050 atau (+603) 2267-1051

Hakcipta Terpelihara © 2013 Jabatan Muzium Malaysia

window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'G-8TV75MNKSE');

Hubungi Kami

Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara
50566, Kuala Lumpur.

Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel - pr [at] jmm.gov.my

Laman ini telah diuji dan sesuai untuk semua jenis perisian pelayar dengan skrin resolusi 1024x768.

Statistik

  • Jumlah hit: 3,932,965
  • Jumlah pengunjung: 1,340,053
  • Hit minggu ini: 5,852
  • Hit bulan ini: 12,537
  • Hit minggu lepas: 3,546
  • Hit bulan lepas: 17,943
  • Semenjak: 22 Mar 2014

Media Sosial

FacebookYouTubeBloggerRss Feed

Waktu Operasi Muzium

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha

Info Lanjut

Chief Information Officer (CIO)

Source URL (retrieved on 16 Mei 2025): http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-seni-bina-malaysia

Links:
[1] http://www.jmm.gov.my/files/brosur/MSBM.pdf
[2] https://www.facebook.com/Muzium-Seni-Bina-Malaysia-Page-Rasmi-102555352208800